Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Aktivis Buruh Cadang Gaji...

Meski mengalu-alukan kenaikan gaji penjawat awam, aktivis buruh Callistus Antony D'Angelus berkata bahawa...

Wanita Pengarah Syarikat Rugi...

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat...

Darah Campuran Tidak Luntur...

JOHOR BAHRU - Sempena ulang tahun kelahiran Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan...

Izzue Islam Tidak Kisah...

VOKALIS kumpulan Forteen, Izzue Islam mengakui langsung tidak kisah dikawal isteri yang juga...

Kronologi Cacamarba Pembangkang Menjelang PRU15

21 Oktober 2023: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

21 Oktober 2023: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk bertemu dan berbincang dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

23 Oktober 2022: PH menolak kerjasama dengan GTA bagi menghadapi PRU15, kata Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail.

23 Oktober 2022: Lebih baik tumpu masalah rakyat berbanding melayan jemputan pertemuan Pengerusi GTA untuk mengadakan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

27 Oktober 2022: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sebarang perbincangan sedang berjalan dengan gabungan GTA bagi menghadapi PRU15.


29 Oktober 2022: Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sanggup merendahkan diri dan melupakan perbuatan ‘khianat’ Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadapnya bagi membolehkan GTA dan PN bekerjasama untuk menghadapi PRU15.

Kesimpulannya Tun Dr Mahathir Mohamad yang kelihatan sedang sangat-sangat terdesak untuk berdepan PRU kali inik sehingga sanggup membodek para pembelotnya untuk berkerjasama dengannya.

Mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad begitu terdesak untuk memastikan BN tidak menang PRU15 semua boleh fikir sendiri? Apakah yang ditakutinya? Yang pasti bukan kerana mahu memperjuangkan rakyat dan negara

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori