Penyandang ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah meminta pertolongan dengannya kerana tidak tahan dengan Amanah dan DAP.
Ikuti Mynewshub:Ā Telegram
Bagaimanapun kata ketua Umno bahagian Putrajaya itu, dia tidak sanggup mengkhianati kepercayaan rakyat dan parti selepas diajak untuk meninggalkan Umno.
“Bila mereka (PH) menerajui kerajaan selama 22 bulan, Dr Mahathir diangkat menjadi perdana menteri sedangkan hanya topeng dan boneka sehinggakan dia meminta saya untuk membantunya serta meninggalkan Umno.
“Come here help me, i canāt stand with the cabinet. I canāt take it from DAP and Amanah. Mahathir sendiri give up dengan mereka.
“Saya kata, no. Saya tak nak jatuhkan Umno, tak reda saya. Nak mengkhianati lambang parti, saya tak reda. Bukan kerana dia bagi apa-apa kepada saya tetapi disebabkan datuk nenek moyang saya dahulu dalam pertubuhan ini telah memberikan kesenangan sehingga membentuk kerajaan yang stabil,” katanya dipetik daripada laporan Umno Online.
Tengku Adnan juga dikenali sebagai Ku Nan berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat Umno bahagian Putrajaya pada Ahad lalu.
Tambahnya, keadaan negara kucar-kacir ketika PH mengambil alih kerajaan dan berlanjutan sehingga ke hari ini.
“Kita dah rasa 22 bulan yang kelam kabut dan ia berlarutan sehingga ke hari ini. Terumbang-ambing rakyat dan negara. Selama 17 bulan ditadbir pula oleh Perikatan Nasional (PN) pun sama.
“Akhirnya tidak sampai 13 bulan, kita dapat juga perdana menteri daripada BN,” kata Ku Nan dipetik sebagai berkata.
-Malaysia Kini