Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Rumah Tangga Goyah, Aliff...

PEMINAT dan pengikut akaun instagram Dato' Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang...

Guru Harus Kritis Fikiran...

KANGAR - Guru atau pendidik harus kritis serta mampu berfikir kelas dunia bagi...

SPRM Umum 2 Pelantikan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan pelantikan Pengarah Bahagian Perisikan, Datuk...

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan kepada 122 orang pagi ini...

Lapan Kanak-Kanak Lemas Ketika Pulang Dari Kelas Bahasa Inggeris

PHNOM PENH : Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak maut, manakala tiga lagi masih hilang selepas bot yang membawa mereka pulang dari kelas bahasa Inggeris karam di Sungai Mekong.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bot kecil yang terlebih muatan karam kira-kira 50 meter dari destinasinya di wilayah tenggara Kandal lewat petang semalam, menurut ketua polis tempatan, Am Thou.

“Ia satu kemalangan yang menyedihkan. Lapan pelajar maut dan tiga pelajar masih hilang,” katanya.

Mangsa berusia antara 12 dan 15 tahun, manakala dua pengusaha bot dan dua pelajar lain berjaya diselamatkan, tambahnya.


Dalam catatan Facebook, Perdana Menteri Hun Sen menzahirkan ucapan takziah dan menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika banjir besar yang telah menaikkan paras Sungai Mekong.

Pada 2009, sebuah feri terbalik dalam satu kejadian di sungai timur laut Kemboja dengan mengorbankan sekurang-kurangnya 17 penumpang.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori