Sunday, October 13, 2024

Creating liberating content

Video Parodi: Pelbagai Ragam...

PERKHIDMATAN kereta kongsi Uber dan Grab Car kini semakin mendapat tempat di kalangan...

GASAK Wakil Anak Muda,...

KUALA LUMPUR: Gabungan Siswa Kebangsaan (GASAK) mewakili suara anak-anak muda di universiti awam...

Video: Lelaki Ini Sanggup...

DI KALA nilai matawang negara sedang tak menentu, seorang lelaki sanggup menghabiskan RM17,000...

Warga Emas Biadab Hina...

TEMERLOH - Seorang warga emas ditahan selepas berlaku biadab dengan memuat naik status...

Lebih 21 Juta Pengundi Berdaftar PRU15

PUTRAJAYA : Lebih 21 juta pengundi berdaftar dijangka mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Oktober 2022.

Beliau berkata, DPPR bagi PRU15 ini mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih terdiri 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

“DPPR bagi PRU15 dijadualkan akan mula dijual pada 31 Oktober 2022 (Isnin) dan semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my.

“Semakan boleh juga dibuat dengan menghubungi Hotline SPR di talian 03-88927018/03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak. Semakan boleh dibuat mulai 31 Oktober 2022 (Isnin),” katanya pada sidang akhbar khas pengumuman tarikh penting PRU15, di sini hari ini.

Katanya, SPR memperuntukkan RM1.01 bilion bagi menjalankan PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.66 Sabah.


Abdul Ghani berkata, seramai 363,515 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU15 dan PRK DUN N.66, Sabah.

Menurutnya, sebanyak 8,958 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 38,348 tempat mengundi/saluran dan 578 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 970 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 9,536 buah dengan 39,318 tempat mengundi/saluran.

“Bagi menjalankan proses PRU15 dan PRK DUN N.66, Sabah, SPR telah melantik 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu oleh 1,264 orang Penolong Pegawai Pengurus,” katanya.

Katanya, SPR juga akan menubuhkan 625 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori