Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

3 Individu Ditahan Bersama...

ALOR SETAR - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita serta merampas 4,551...

2,300 Kereta Klon Disita...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,300 kereta klon disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...

Syed Mokhtar 16 Bilionair...

KUALA LUMPUR - Taikun media Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary tersenarai 16...

Jerebu: Hanya Pasir Gudang...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara seluruh negara menunjukkan perkembangan positif setakat 9 pagi...

Lebuhraya CSR Di Kelantan Siap Akhir 2025

GUA MUSANG : Pihak kerajaan akan memastikan Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Kuala Krai ke sempadan Pahang siap sepenuhnya pada akhir 2025.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerja pembinaan yang membabitkan kos berjumlah RM3.2 bilion dan melibatkan jarak sepanjang 129.5 kilometer (km) itu sedang giat berjalan ketika ini.

Menurutnya, setakat ini Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan terdapat 10 sub pakej berjalan dengan baik kecuali satu pakej 3D di bulatan Gua Musang ke Mentara sejauh 10 km.

“Pakej 3D projek yang mengalami kelewatan itu disebabkan oleh beberapa masalah iaitu kekurangan pekerja dan bahan api diesel. Projek pakej 3D telah bermula sejak 2018.

“Jangkaan siap projek berkenaan pada 2024, namun isu utama sekarang ialah kekurangan pekerja,” katanya semasa mengadakan lawatan di tapak projek CSR di sempadan Merapoh-Gua Musang di sini semalam.


Ahli Parlimen Jeli itu memberitahu, wakil-wakil syarikat telah memberi taklimat dan kebanyakan mereka menyatakan masalah pekerja asing menjadi faktor projek terbengkalai dan lambat siap berbanding masa yang ditetapkan.

Katanya, tugas JKR memastikan setiap perancangan yang dibuat oleh kerajaan dapat disiapkan mengikut jadual.

“Kerajaan negeri memaklumkan mereka ingin melihat semua projek jalan ini siap sepenuhnya sebelum akhir 2025. Kelantan sedang bersiap sedia untuk Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung 2026 dan mengikut perancangan sehingga akhir 2025 semua projek hendaklah siap sepenuhnya,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori