YANGON : Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam letupan yang berlaku di sebuah penjara terbesar di ibu negara Myanmar.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menurut penduduk tempatan, dua butir bom meletup di pintu masuk penjara Insein pada pagi tadi.
Insiden letupan itu menyebabkan tiga kakitangan penjara dan lima pelawat maut.
Sekurang-kurangnya 18 orang lagi cedera dalam kejadian itu.
Penjara Insein merupakan penjara paling besar di Myanmar yang menempatkan hampir 10,000 banduan, kebanyakkannya tahanan politik.
Setakat ini, tiada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.
Wartawan BBC Myanmar melaporkan bom itu meletup di sebuah bilik pentadbiran di penjara berkenaan.
-Utusan Online