Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

APMM, Agensi Peguat Kuasa...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan akan meningkatkan kerjasama dengan...

Pengasuh Hentak Bayi Ke...

GEORGETOWN - Tampar kepala dan hentak bayi ke lantai, itu antara perbuatan seorang...

Kucing Pakai Cermin Mata...

DI zaman serba canggih ini, bukan manusia sahaja yang boleh mengecap glamor dan...

Lelaki Hilang Di Gunung...

SEREMBAN - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Gunung Gagak, Rembau dekat sini...

Lorong Tol Tanpa Palang, Tak Perlu Henti Pada 2025

Kementerian Kerja Raya (KKR) menyasarkan untuk memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025 dalam usaha mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar, bawah) berkata cadangan tersebut telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Beliau berkata dengan pelaksanaan MLFF, kenderaan tidak perlu berhenti untuk membayar tol dan tiada palang tol.

“Seterusnya adalah rundingan bersama semua syarikat konsesi tol mengenai bagaimana ia akan dilaksanakan supaya dapat memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya.

“Selepas itu, bagaimana kita integrasikan daripada sistem MLFF… kita akan mewujudkan command centre (pusat arahan) diuruskan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang perlu integrasi dengan semua majlis perbandaran atau bandar raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Menteri Kanan Kerja Raya Bersama Media di Kuala Lumpur malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.


Menurut Fadillah, MLFF merupakan antara inisiatif di bawah Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2019-2023 KKR yang dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan memacu pembangunan aplikasi ITS di negara ini.

Selain itu, Fadillah memaklumkan KKR juga telah memulakan proses membangunkan penimbang berat kenderaan bagi mengesan lori lebih muatan yang boleh menjadi punca kesesakan dan kerosakan jalan raya.

Beliau berkata ia bagi mengesan had muatan secara automatik dan tindakan undang-undang akan terus dikenakan kepada syarikat lori tersebut.

Sementara itu, Fadillah berkata kementeriannya akan memfokuskan isu keselamatan jalan raya seperti yang dibincangkan pada Persidangan Dunia ITS kali ke-28 dari 19 hingga 22 Sept lepas di Los Angeles, Amerika Syarikat.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori