Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Suasana Kedutaan Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Suasana di kedutaan Korea Utara di sini sunyi sejak pagi...

DiGi Untung RM2.65 Bilion...

KUALA LUMPUR - DiGi.Com Bhd mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai bagi tahun kewangan...

Berjalan Kaki 5,000KM Dari...

MESKIPUN jauh lima ribu kilometer, seorang aktivis kemanusiaan Sweden tekad mahu mengembara secara...

AS, Russia Sokong PBB...

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel dan Palestin supaya...

Majikan Jangan Lupa Lapor Pekerja Baharu Layak Kena Cukai

Ekonomi domestik Malaysia kembali rancak selepas kerajaan mengumumkan Malaysia memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perniagaan yang terpaksa ditutup akibat pandemik memulakan semula operasi pada kapasiti penuh sekali gus menyaksikan keperluan tenaga kerja yang amat ramai.

Keadaan itu juga menyaksikan banyak perniagaan sama ada kembali mengajikan pekerja lama atau mengambil ramai pekerja baharu untuk memulakan operasi mereka.

Perkembangan itu sangat baik kepada negara kerana mengurangkan pengangguran, tetapi ia kurang baik kepada negara jika perniagaan terlupa tanggungjawab penting mereka.

Tanggungjawab penting tersebut adalah melaporkan pekerja baharu mereka yang boleh dikenakan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Berdasarkan peruntukan undang-undang, majikan bertanggungjawab melaporkan pekerja baharu yang layak dicukai dalam tempoh 30 hari dari tarikh mula penggajian.

Kegagalan majikan mematuhi peruntukkan tersebut di bawah Subseksyen 83(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 tanpa alasan yang munasabah merupakan suatu kesalahan.

Jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Peruntukkan undang-undang berkenaan bukanlah sesuatu yang zalim, sebaliknya sudah lama dikuatkuasakan dan sangat signifikan dalam memastikan kepatuhan percukaian.


Ia kerana ketidakpatuhan kepada kewajipan membayar cukai pada akhirnya akan memberi kesan kepada negara dalam konteks hasil pendapatan yang mencukupi.

Tanpa pendapatan yang mencukupi, sesebuah kerajaan akan berdepan dengan kesulitan untuk mentadbir dan menguruskan pembangunan negara secara efektif.

Berdasarkan peraturan ditetapkan, sesebuah perniagaan perlu melaporkan pekerja baharu yang boleh dikenakan cukai kepada HASiL dengan menggunakan Borang CP22.

Borang Pemberitahuan Oleh Majikan Bagi Pekerja Baharu itu perlu dikemukakan ke Cawangan HASiL mengendalikan nombor rujukan cukai Majikan ( E) atau ke pejabat HASiL berhampiran.

Borang CP22 yang lengkap hendaklah mengandungi maklumat majikan, maklumat pekerja baharu, maklumat saraan bulanan dan akuan yang ditandatangani.

Perlu ingat sesebuah entiti perniagaan adalah bertanggungjawab untuk membayar amaun penuh cukai yang kena dibayar oleh pekerjanya.

Berdasarkan ketetapan undang-undang, amaun yang kena dibayar oleh majikan merupakan suatu hutang kepada Kerajaan dan boleh dituntut melalui tindakan sivil.

Justeru, jadilah seorang majikan yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada pekerja mereka, tetapi juga kepada negara dan masyarakat Malaysia.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori