Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Doa Untuk Malaysia Sasar...

PROGRAM 'Doa Untuk Malaysia' yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia...

Sukan Tradisi Mampu Diketengahkan...

PENAMPANG - Keunikan sukan tradisi berupaya diketengahkan bukan sahaja sebagai warisan budaya, tetapi...

Azmin ‘Langkau’ Abdul Hadi...

INI betul-betul sudah macam drama televisyen yang membawa kepada babak berbelit-belit sehingga memakan banyak...

Tak Mahu Ada Cedera...

NILAI – Perlawanan persahabatan terakhir dengan Maldives Sabtu ini akan menjadi ujian terakhir...

Majlis Pemulihan Negara Syor Laksana Polisi Laluan Hijau

Kuala Lumpur : Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan polisi laluan hijau bagi membantu industri terutamanya syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan pandemik Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli MPN Datuk Michael Kang Hua Keong berkata, langkah itu untuk mengatasi masalah birokrasi membabitkan prosedur kemasukan tenaga kerja asing dan bantuan khas lain.

Menurutnya, MPN memandang serius situasi ekonomi global dan domestik pasca pandemik Covid-19 yang dihadapi pengusaha PMKS.

Katanya, pengusaha PMKS antara paling terjejas dengan tiga sektor kritikal ketika ini adalah pembinaan, pelancongan dan peruncitan.

Katanya, dua isu utama dihadapi PMKS adalah kekurangan tenaga kerja asing dan masalah aliran tunai.

“Setakat ini, negara sudah menerima kemasukan 76,000 pekerja asing dan dianggarkan seramai 100,000 ke 200,000 lagi pekerja asing akan masuk ke negara ini dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, negara menghadapi kekurangan kira-kira satu juta pekerja asing. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja itu,” katanya.


Beliau berkata, sebanyak 1,152,276 permohonan kuota pekerja asing sudah diterima untuk semua sektor sehingga September lalu dan 467,223 atau 40.5 peratus kuota sudah diluluskan.

Kata beliau, MPN sudah berbincang dengan kerajaan untuk memberi kelulusan segera 50 peratus daripada jumlah tenaga kerja yang dimohon supaya dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam kalangan PMKS.

Menyentuh mengenai masalah aliran tunai dan pembiayaan dihadapi PMKS, Michael berkata, berdasarkan kajian sebuah firma mendapati 75 peratus syarikat mengalami kelewatan pembayaran sekurang-kurangnya tiga bulan dan 11 peratus syarikat difailkan insolvensi.

Beliau yang juga bekas Presiden Kebangsaan Persatuan SME Malaysia berkata, pengusaha PMKS yang berdepan masalah itu amat memerlukan sokongan kerajaan dalam bentuk geran atau pembiayaan khas untuk memulihkan perniagaan mereka.

“Kerajaan perlu bekerjasama dengan institusi perbankan supaya PMKS diberikan pembiayaan tanpa faedah atau moratorium untuk tempoh 12 bulan lagi. Ini akan membantu golongan itu untuk mengembalikan semula perniagaan mereka,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori