Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Pengguna di beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan...

Kajian Dilakukan Untuk Bina...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk supaya sebuah kajian kebolehlaksanaan dilaksanakan...

Anggota Tentera Maut, Motosikal...

SERIAN - Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang ditunggangi bersama sepupunya dilanggar...

Jadikan Kewangan Islam Lebih...

KUALA LUMPUR – Pemahaman dunia mengenai instrumen kewangan patuh syariah adalah masih rendah,...

Misi DART berjaya ubah gerakan asteroid Dimorphos

WASHINGTON – Misi Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) disahkan berjaya mengubah trajektori asteroid Dimorphos apabila kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merempuh batu angkasa itu pada 26 September lalu, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Misi DART, demonstrasi teknologi pesongan berskala penuh, adalah yang pertama di dunia yang dijalankan bagi menyelamatkan Bumi. Misi itu juga menyaksikan kali pertama manusia dengan sengaja mengubah gerakan objek angkasa di angkasa lepas.

Sebelum hentaman, Dimorphos mengambil masa 11 jam dan 55 minit untuk mengorbit asteroid induknya yang lebih besar, Didymos.

Ahli astronomi menggunakan teleskop darat untuk mengukur perubahan orbit Domorphos selepas hentaman itu.

Kini, Dimorphos mengambil masa 11 jam dan 23 minit untuk mengelilingi Didymos. Kapal angkasa DART menukar orbit batu angkasa itu sebanyak 32 minit.


Pada awalnya, ahli astronomi menjangkakan misi DART sudah berjaya jika ia memendekkan trajektori Dimorphos sebanyak 10 minit.

“Misi ini menunjukkan bahawa NASA cuba bersedia untuk menangani apa sahaja yang berbahaya kepada Bumi.

“NASA membuktikan bahawa kita serius sebagai pembela Bumi. Ini adalah detik penting untuk pertahanan planet dan seluruh umat manusia, menunjukkan komitmen daripada pasukan dan rakan kongsi NASA dari seluruh dunia,” kata Pentadbir NASA, Bill Nelson.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori