Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Biji Avokado Berpotensi Rawat...

HARRISBURG - Sejenis ekstrak daripada biji buah avokado didapati mampu mengurangkan bengkak dan...

Produk Bukan Islam Guna...

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong larangan penggunaan tulisan jawi pada bungkusan produk...

Real Madrid Sukar Raih...

PASUKAN Real Madrid dikatakan menyesal apabila mereka melepaskan Cristiano Ronaldo dan tidak menyangka...

Harga Minyak Cipta Sejarah...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar sudah ditetapkan secara mingguan mulai 30...

Muhyiddin Sedia Debat Calon PM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata dia bersedia untuk berdebat dengan mana-mana calon perdana menteri akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kenyataan itu hadir selepas pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mencadangkan debat antara calon perdana menteri daripada tiga gabungan utama yang akan bersaing pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Muhyiddin berkata dia tidak mempunyai masalah dengan cadangan itu, dengan syarat tujuan debat itu tidak termasuk sebarang muslihat daripada mana-mana pihak.

“Saya tiada masalah untuk debat atau dialog.

“Kalau penganjur jemput secara rasmi, (debat) itu sesuai, tidak timbul reaksi tidak elok dan dibuat secara adil, saya tiada masalah,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.


Muhyiddin berkata dia boleh membincangkan isu berkaitan pemulihan negara, ekonomi dan pendidikan serta isu antarabangsa dalam debat itu.

Tegasnya, debat itu mestilah bukan untuk tujuan lain selain membincangkan isu-isu penting untuk kepentingan negara.

Selain Anwar dan Muhyiddin, calon perdana menteri lain adalah daripada BN, iaitu perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail sebelum ini menolak cabaran debat daripada Anwar, mengatakan bahawa debat sebegitu bukan budaya politik Malaysia dan tidak akan membawa manfaat.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori