Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Anggota Parlimen Bukit Katil, Melaka,...

Piala Malaysia: Tiada Istilah...

IPOH - Tiada pasukan yang boleh dilabel sebagai pilihan dalam pertembungan separuh akhir...

MIC Mesyuarat Esok Tentukan...

PETALING JAYA : MIC tanding PRU15 atau tidak diketahui esok.Ikuti Mynewshub: TelegramPerkembangan ini menyusuli...

Rompak Kereta: Mekanik Dipenjara...

PETALING JAYA - Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan...

MySejahtera Bakal Dimiliki Kerajaan Sepenuhnya

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan akan menandatangani kontrak tidak lama lagi bagi menandakan pemilikan sepenuhnya terhadap aplikasi MySejahtera.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pemilikan sepenuhnya aplikasi itu oleh kerajaan adalah selaras syor dan saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Beliau berkata, langkah itu sekali gus menghapuskan segala keraguan mengenai soal pemilikan aplikasi berkenaan terutama membabitkan keselamatan data yang dimiliki aplikasi itu.

“Saya sudah pastikan semua perkara itu dapat diselesaikan sebelum saya tinggalkan kementerian ini.

“Kementerian Kesihatan sudah berusaha untuk memindahkan MySejahtera daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada kementerian ini, jadi soal pemilikan atau keselamatan data sudah selesai,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Katanya, PAC menerusi syornya menjelaskan aplikasi MySejahtera harus dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan.


Khairy berkata, sejak beberapa bulan lalu banyak ciri-ciri lain sudah dimasukkan dalam MySejahtera selain Covid-19 seperti derma darah dan pendermaan organ.

Menurutnya, tambahan ciri-ciri pada aplikasi berkenaan adalah transisi untuk mengetengahkan MySejahtera sebagai aplikasi kesihatan awam.

PAC menerusi kenyataan hari ini berkata, pelantikan syarikat, KPISoft (Entomo) sebagai pembangun aplikasi MySejahtera pada Mac 2020 lalu adalah tidak teratur dan tidak berlandaskan prosedur atau tatacara perolehan kerajaan.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, PAC mengesyorkan empat perkara berhubung aplikasi itu yang antara lainnya mahu kerajaan mengambil alih keseluruhan aplikasi berkenaan melalui Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori