Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

300 Dipercayai Maut Dalam...

KYIV: Pihak berkuasa Ukraine hari ini berkata lebih 300 mangsa dikhuatiri terkorban dalam...

Khazanah Kesultanan Johor Lama...

SEJARAH Johor Lama tersimpan pelbagai cerita terutama semasa zaman kegemilangannya selepas Kerajaan Melaka...

Bomba ‘Mandi’ 12 Pelajar...

JASIN - Gara-gara tertumpah raksa, sepasukan anggota bomba terpaksa ‘memandikan’ 12 pelajar tingkatan...

Sarjan Polis Direman Bantu...

ALOR SETAR – Seorang sarjan polis direman enam hari untuk membantu siasatan kerana...

Nahas 2 Motosikal Bukan Sebab Dikejar Polis

BUTTERWORTH : Polis menafikan kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, di sini pada Rabu lalu, disebabkan seorang daripada mereka dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, berkata pihaknya mengesan video berdurasi 40 saat yang dimuatnaik di laman Facebook (FB) berhubung insiden itu dengan dakwaan ia berpunca akibat dikejar URB.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan itu berlaku pada jam 5.20 petang Rabu lalu. Semasa kemalangan, dua anggota URB sedang menjalankan tugas rondaan dalam perjalanan dari Sungai Dua menghala Jalan Sungai Lokan.

“Polis menafikan ada aksi mengejar oleh anggota URB berkenaan dengan salah seorang mangsa hingga menyebabkan kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


Jelasnya, rakaman video itu juga jelas menunjukkan mangsa memotong motosikal URB sebelum merempuh sebuah lagi motosikal.

“Anggota URB telah memberi bantuan kepada mangsa kemalangan dan membuat kawalan trafik,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan sebarang spekulasi dan andaian sendiri tanpa usul periksa mengenai kejadian terbabit sehingga menimbulkan kegusaran kepada orang lain.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori