Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peruntukan Tambahan RM150 Juta...

PUTRAJAYA : Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM150 juta bagi usaha pemulihan meliputi program...

Gol Ronaldo Pada Ketinggian...

MILAN - Tandukan luar biasa udara dengan melawan graviti oleh bintang superstar Cristiano...

Bomba Nasihat Pendaki Gunung...

BALING - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah menasihati para pendaki agar memastikan api...

MERCY Dirikan Hospital Medan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bantuan Perubatan (MERCY) Malaysia mendirikan sebuah hospital medan sebaik...

Nahas Helikopter Dekat Tanah Rata: Semua 6 Penumpang, Juruterbang Ditemui Selamat

PUTRAJAYA: Juruterbang bersama kesemua lima penumpang dalam sebuah helikopter yang terbabit kemalangan udara berhampiran Tanah Rata, Cameron Highlands, tengah hari tadi, ditemui selamat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata mangsa memerlukan rawatan susulan dan telah dibawa ke hospital.

Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menjalankan tugas sebaik mungkin dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) semua enam mangsa nahas itu, bawah penyelarasan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Saya memantau keadaan yang dikemas kini oleh CAAM dari semasa ke semasa. Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Kementerian Pengangkutan, akan menjalankan siasatan lanjut berhubung nahas itu.

“Saya turut mengarahkan pegawai berkaitan untuk menambah baik dan mengekalkan pemeriksaan pematuhan keselamatan dalam kalangan pengendali swasta dalam industri penerbangan tempatan. Mereka perlu lebih berwaspada, lebih-lebih lagi dengan faktor cuaca buruk ketika ini,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, hari ini.


Terdahulu, BH melaporkan sebuah helikopter dinaiki enam individu, termasuk lima pegawai perubatan, melakukan pendaratan cemas di kawasan hutan berhampiran Tanah Rata dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, dipetik berkata berdasarkan maklumat awal, semua mangsa terbabit dilaporkan selamat tetapi mengalami kecederaan susulan pendaratan cemas yang terpaksa dilakukan akibat cuaca buruk.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Chester Voo, dalam satu kenyataan ringkas pula mengesahkan kesemua lima penumpang dan seorang juruterbang menaiki helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW terbabit kini berada dalam keadaan stabil.

“Empat daripada enam mangsa itu dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan lanjut,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori