Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sufian Lebih Tenang Tanpa...

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi, 26,...

Nak Dapat Duit Cara...

ZAMAN kini, macam-macam taktik digunakan golongan tertentu untuk meraih duit secara mudah.Yang kita...

Selangor Catat IPU Tidak...

KUALA LUMPUR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor hampir mencecah paras tidak...

Harga Petrol, Diesel Kekal...

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah...

Naib Presiden Bersatu Keluar Parti? Sidang Akhbar Mohd. Rafiq Esok

MELAKA: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen akan mengadakan sidang akhbar tergempar yang dijadualkan berlangsung petang esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sidang akhbar terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulasi yang mendakwa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu mahu keluar daripada parti Bersatu.

Tindakan itu dipercayai berpunca daripada keputusan Perikatan Nasional (PN) yang memutuskan kerusi Parlimen Tangga Batu dan Jasin akan ditandingi calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketika dihubungi pemberita, Mohd. Rafiq mengesahkan berkenaan sidang akhbar itu, namun, enggan mengulas lanjut.

“Saya akan buat sidang media petang esok. Apa intipatinya saya tak bolehlah beritahu, kena tunggu esok,” katanya ringkas.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Pas Melaka mengesahkan bertanding di Parlimen Jasin dan Tangga Batu mewakili PN pada PRU-15, 19 November ini.


Timbalan Pengerusi PN Bahagian Jasin, Datuk Kamarudin Sidek berkata, keputusan itu sudah diputuskan secara muktamad pada Mesyuarat Presiden PN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu.

Sebelum ini, Mohd. Rafiq yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tangga Batu merupakan antara nama yang disebut-sebut bakal mewakili PN di kerusi berkenaan, sebelum pucuk pimpinan gabungan itu menyerahkan Parlimen tersebut kepada Pas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Mohd. Rafiq yang berpindah dari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput ke Telok Mas tewas dalam persaingan empat penjuru kepada calon Barisan Nasion (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

BN berjaya merampas kerusi berkenaan daripada Bersatu dengan majoriti 2,076 undian.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori