Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

MRT Ejen Perubahan Dalam...

KUALA LUMPUR – Fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK)...

SPRM Tubuh Jawatankuasa Siasat...

JEMPOL - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi...

Bekas Isteri Dedah Kisah...

SEMALAM, sebuah rakaman video tular di media sosial menyaksikan kemelut keluarga antara bekas...

2 Konstabel Polis, Buruh...

KUANTAN - Dua anggota polis dan seorang buruh bakal berdepan hukuman mati apabila...

Najib Boleh Hadir Parlimen Jika Penjara Benarkan – Speaker

PARLIMEN l Najib Razak (BN-Pekan) yang sedang menjalani hukuman penjara masih dibenarkan menghadiri persidangan Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Namun begitu, katanya ini jika dengan kebenaran Jabatan Penjara.

Azhar berkata demikian ketika menjawap soalan Hanipa Maidin (PH -Sepang) bertanya sama ada bekas perdana menteri yang telah disabitkan kesalahan itu boleh dibawa ke Dewan Rakyat dalam keadaan bergari untuk “dilihat oleh semua”.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Dia dibenarkan keluar dari penjara adalah untuk menghadiri kes mahkamah jenayah lain yang dihadapinya, dan ketika mendapatkan rawatan perubatan.

Azhar berkata prinsip umum ialah semua ahli Parlimen dibenarkan memasuki Dewan Rakyat, dan dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mereka.

“Tetapi persoalannya sekarang adakah dia boleh hadir. Itu bukan bidang kuasa saya, kerana dia bukan dalam jagaan saya.

“Dia dalam tahanan Jabatan Penjara, jadi terpulang kepada mereka untuk melepaskannya daripada tahanan mereka,” katanya.


Tambahnya, jika jabatan itu membenarkannya keluar dari penjara untuk menghadiri Parlimen, jabatan itu boleh menetapkan syarat dan peraturan untuk dipatuhi.

Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) kemudian menyoal mengapa status Najib sebagai ahli parlimen tidak terbatal susulan sabitan kesalahan.

Azhar menjawab: “Hukum sebagaimana adanya, bukan sebagaimana semestinya, dan tidak pula sebagaimana ia sepatutnya”.

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang itu boleh hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun, dan denda lebih RM2,000.

Walau bagaimanapun, jika petisyen untuk pengampunan difailkan dalam tempoh 14 hari dari sabitan dan hukuman, atau selepas pelupusan mana-mana rayuan atau prosiding mahkamah berhubung sabitan dan hukuman, kehilangan kelayakan itu hanya berkuat kuasa apabila petisyen itu dilupuskan, di bawah Perkara 48(4)(c).

Najib telah memfailkan pengampunan diraja dalam tempoh 14 hari selepas sabitannya.

Khalid berkata usul perlu difailkan untuk meminda undang-undang “seperti yang sepatutnya”. Azhar berkata ahli parlimen itu bebas berbuat demikian.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori