Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Haram Simpan Patung Di...

ANAK patung dengan pelbagai rupa sama ada manusia atau haiwan sering kali menjadi...

Video: Iklan Merdeka Maxis...

MENJELANG sambutan ulang tahun ke-57 hari kemerdekaan negara yang bakal disambut Ahad ini,...

Ulama PAS Harap UMNO...

Selepas pemimpin Bersatu mengajak pengundi Melaka 'mengajar' Umno-BN, petang ini ulama PAS pula...

Mbappe Lebih Layak Menang...

BINTANG Chelsea, Eden Hazard menepis pujian yang mengaitkan dirinya dengan trofi Ballon d'Or...

Nelayan Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii Bawah Jambatan

KEMAMAN – Seorang nelayan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas dakwaan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita dalam kejadian di bawah jambatan pada September lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Wan Mohd Rizal Wan Arif, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan dihadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap wanita berusia 46 tahun dibawah jambatan dalam daerah Kemaman pada jam 11.15 pagi pada 19 September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.


Wan Suhaila bagaimanapun tidak membenarkan jaminan serta menetapkan 13 November depan untuk perbicaraan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhanisah S H Sahul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori