Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Dibunuh Kejam...

LIPIS - Perbincangan mengenai agama dan ketuhanan akhirnya membawa tragedi berdarah apabila sepasang...

Bau Busuk Bongkar Penemuan...

ALOR GAJAH : Mayat tanpa identiti dalam keadaan berulat dan hampir reput dipercayai...

Lelaki Warga Emas Hilang...

JULAU – Lelaki warga emas yang hilang ketika memasang pukat di tepi Sungai...

Sabah Minta Utamakan Projek...

KOTA KINABALU: Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah perlu diutamakan menerusi agihan peruntukan bagi...

Palestin Kutuk Israel Bunuh Remaja, Gesa Perlindungan Antarabangsa

RAMALLAH: Palestin hari ini mengutuk pembunuhan dilakukan tentera Israel ke atas seorang pemuda Palestin sebagai ‘perbuatan kejam tanpa perikemanusiaan’.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Agensi berita Xinhua melaporkan pembunuhan seorang pemuda Palestin, Fayez Damdum, 18, itu berlaku di pekan al-Eizariya dekat timur Baitulmaqdis.

Kementerian Luar Palestin, dalam satu kenyataan, menyelar tindakan Israel, lantas menggesa keperluan mustahak untuk perlindungan antarabangsa bagi rakyat Palestin.

“Apa yang berlaku kepada pemuda berkenaan, yang ditembak di bahagian leher oleh polis sempadan Israel, boleh berlaku kepada sesiapa saja.

“Pembunuhan Damdum adalah kesinambungan dasar pendudukan yang sistematik lagi meluas berbentuk tindakan memudaratkan di luar lunas undang-undang terhadap rakyat kita untuk mengapi-apikan keadaan,” katanya.

Media Israel pula melaporkan, Damdum ditembak ketika dia cuba melempar bom botol ke arah pegawai polis sempadan Israel.


Tegas Kementerian Luar Palestin, kerajaan Israel bertanggungjawab penuh dan secara langsung terhadap jenayah kejam itu dan jenayah lain membabitkan pendudukan Israel.

“Palestin akan bekerjasama dengan semua pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendokumentasikan jenayah berkenaan.

“Kita akan pastikan penceroboh Israel bertanggungjawab atas semua jenayah yang mereka lakukan,” katanya.

Ketegangan antara Israel dan Palestin membuak sejak beberapa bulan lalu, terutama selepas tentera Israel mempergiatkan operasi menentang pejuang Palestin serta aktivis di Tebing Barat.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori