Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

200 Peserta Sertai Persidangan...

KUALA LUMPUR - Para pemimpin industri perbankan, pakar pengawalseliaan serantau dan keselamatan siber...

Kes Basikal Lajak: Pengurusan...

Putrajaya : Mahkamah Rayuan menetapkan 13 Oktober bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan...

Tertekan Digelar Makcik, Elly...

SETELAH sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, nama pelakon dan pengarah filem...

Bendung Kejadian Gangguan Seksual...

PUTRAJAYA - Keprihatinan dan sikap lebih berwaspada oleh ibu bapa dan keluarga haruslah...

Papan Tanda, Pagar Kediaman Rasmi MB Kedah Disimbah Cat Merah Biru

ALOR SETAR : Papan tanda dan pagar di pintu masuk kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, di sini, disimbah cat merah dan biru, oleh pihak tidak bertanggungjawab, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10 pagi.

Beliau berkata, hasil siasatan menemui empat plastik cat iaitu dua daripadanya berwarna merah dan dua lagi plastik biru berhampiran pokok di kawasan kejadian yang ditinggalkan individu terbabit.

“Kejadian disedari kakitangan pengawal di situ pada jam 9.55 pagi tadi (semalam) sebelum dimaklumkan kepada polis.

“Kawasan ini tidak mempunyai rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), namun kita akan mencari bantuan CCTV berhampiran seperti di lampu isyarat Pantai Johor untuk mencari bukti bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, semalam.

Ahmad Shukri berkata, pihaknya percaya berkemungkinan kejadian itu berlaku sekitar awal pagi semalam sebelum disedari pada kira-kira jam 10 pagi.

Beliau berkata, tiada kerosakan berlaku di tempat kejadian melainkan simbahan cat di lokasi yang boleh dicuci semula.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.

Ahmad Shukri turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Beliau berkata, siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti individu yang melakukan kegiatan itu.

Terdahulu, pasukan dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah melakukan siasatan di tempat kejadian.

Difahamkan, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika ini berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi kerajaan negeri.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori