KUALA LUMPUR : Pas pagi ini mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan berkaitan pilihan raya.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Difahamkan, mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut di sini turut dipercayai bagi memuktamadkan kerjasama sama ada bersama UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ia susulan UMNO sebelum ini menetapkan tiga syarat untuk bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Antara pemimpin yang tiba adalah Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim memaklumkan, ‘(Pagi ini adalah) mesyuarat bulanan dan mesyuarat khas pilihan raya,” katanya kepada pemberita.
-Utusan Online