Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Isu Pelajar Kebulur: Tiada...

SEJAK kebelakangan ini, isu mengenai mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) mengadu kebuluran dan...

SIDC Jalin Kerjasama IPT...

JOHOR BAHRU – Cabang latihan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC),...

Starbucks UK Ajar Barista...

RANGKAIAN kafe Starbucks di United Kingdom (UK) akan memberikan latihan tunjuk ajar kepada...

Keropok Kering Tokek Haram...

PUTRAJAYA – Keropok kering tokek adalah inovasi makanan terbaharu yang kini tular di...

PAS Rancang Tanding Lebih 60 Kerusi Parlimen

PAS merancang untuk bertanding di lebih 60 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata angka itu masih belum dimuktamadkan memandangkan pihaknya masih lagi dalam peringkat rundingan bersama dengan komponen Perikatan Nasional (PN).

“Insya-Allah dapat bertanding lebih 60 kerusi, (bagaimanapun) masih lagi dalam perbincangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Markas Besar P037 Marang di Dewan Tok Guru, di Rusila dekat Marang, malam tadi.

Beliau juga berkata setiap calon akan terlebih dahulu disaring oleh Majlis Syura Ulama bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk bertanding.


“Setiap calon yang dicadangkan oleh cawangan, oleh kawasan, nama-nama mereka dibawa ke Majlis Syura Ulama, dipanggil pesuruhjaya negeri (untuk) hadir sama, disebut satu-satu nama ini, bagaimana perangainya, sembahyang atau tidak, (dan) akhlaknya.

“Setiap orang calon ini diluluskan oleh Majlis Syura Ulama,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori