Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KPM Siasat Dakwaan Guru...

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan awal bagi mendapatkan kesahihan maklumat berkaitan dakwaan...

Skuad PPBN Bakal Timba...

PETALING JAYA - Seramai 25 pemain di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara...

Dr. Zakir Berterima Kasih...

BESUT - Pendakwah antarabangsa terkenal, Dr. Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan...

Saya Bukan Mahu Cari...

PEMBABITAN dalam sebuah porgram realiti terbitan Astro Ria iaitu Gempak Superstar mengundang rasa...

PAS Tanding Lebih 60 Kerusi Parlimen, Ada Penyandang Digugurkan

Terdapat penyandang kerusi Parlimen tidak dicalonkan semula untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila PAS mengumumkan calonnya untuk bertanding di lebih 60 kerusi Rabu ini, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata penyandang yang tidak dicalonkan semula itu telah diberitahu lebih awal dan mereka menerima dengan hati terbuka.

PAS kini menyandang 17 kerusi Parlimen.

“Bukan mereka tak bagus, kesemua 17 Ahli Parlimen PAS berkhidmat dengan baik tapi kita mahu beri peluang kepada muka baharu, itu perkara biasa dalam parti,” kata Takiyuddin, yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, kepada pemberita selepas majlis pengumuman Program Tenaga Hijau Korporat di sini hari ini.


Takiyuddin yang mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu berkata beliau percaya tidak ada yang merajuk atau bertindak di luar batasan jika tidak tercalon semula.

“Dalam PAS kita berebut, bukan berebut kerusi, tapi berebut nak berundur (dari bertanding),” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon (5 Nov) dan pengundian awal pada 15 Nov.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori