Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MCA Fokus Isu Kenaikan...

BERHUBUNG kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,...

Trafik Bergerak Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) dari kedua-dua arah...

PRK Kimanis: Harinya Sudah...

KIMANIS - Sebanyak 19 pusat mengundi melibatkan 68 saluran dibuka dari 7 pagi...

Keterangan Saksi Prosiding Najib...

KUALA LUMPUR – Ketika sesi soal balas pada prosiding melibatkan bekas Perdana Menteri,...

Pemimpin BN Tidak Belajar Kesilapan PRU14

Pemimpin Barisan Nasional (BN) masih tidak belajar daripada kesilapan PRU-14 iaitu jangan terlalu mudah buat kenyataan yang boleh diputarbetlikan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini kenyataan terbaru Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan seperti dilaporkan media:

“Bukan ada rusuhan pun, tak pernah ada rusuhan sepanjang 14 kali PRU diadakan di Malaysia, aman damai sahaja.

“Kalau hujan, pakailah payung. Jadi pada saya, mereka perlu keluar mengundi,” katanya menjawab soalan pemberita mengenai cuaca buruk.

Jawapan ini walau berdasarkan fakta iaitu musim hujan bukan penghalang keluar mengundi, tetapi tajuk berita yang disiarkan:

[PRU tengkujuh: Kalau hujan, pakailah payung – Ahmad Maslan]


Tajuk berita ini boleh menyebabkan sebilangan rakyat yang kurang memahami dan hanya membaca tajuk sakit hati kepada BN.

Sepatutnya Ahmad Maslan tidak perlu pun mengulas mengenai payung kerana telah `di-spin’ BN suruh rakyat keluar mengundi pakai payung kalau banjir.

Sedangkan beliau sepatutnya memahami isu sebenar mahu dibangkitkan pemberita adalah mengenai banjir dan bukannya hujan.

Hujan itu cuma suatu soalan untuk menjuruskan kepada kemungkinan banjir. Pemimpin BN perlu jalani kursus memahami cara media melaporkan berita.

Jika tidak sampai bila-bila pemimpin BN akan terus `di-spin’ pihak di hadapan bergurau-mesra, tetapi di belakang sentiasa mencari peluang mengenakan.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori