Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Sangkal Dakwaan Laksana...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan yang...

Wanita Ini Tak Ada...

MENDAPATKAN tempat letak kereta kadangkala boleh menjadi satu mimpi ngeri dan tidak mustahil...

Isteri Kedua Adi Putra...

BELUM pun reda dengan kontroversi pelakon Adi Putra berkahwin dua, timbul pula cerita...

JDT Nafi Mahu Sambar...

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) menafikan pasukan itu membuat tawaran kepada...

Penagih Dadah Kantoi Mencuri

Ampang Jaya : Cubaan penagih dadah mencuri barang di sebuah kedai serbaneka di Jalan Tasik Tambahan, di sini, gagal selepas ditahan pekerja premis itu Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada jam 3.50 petang, pengurus kedai berusia 30 tahun itu melihat seorang lelaki, 39, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang memasukkan barang dalam beg silangnya.

Menurutnya, pengurus kedai itu kemudian menahan suspek dan menghubungi pihak polis. Anggaran kerugian adalah RM83.

“Polis yang menerima maklumat kemudian ke lokasi kejadian dan menahan semula suspek jam 4.11 petang.

“Suspek yang tidak bekerja mempunyai dua rekod jenayah lampau jenayah dan tujuh rekod dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, ujian air kencing suspek dapati positif dadah.

“Permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama empat hari bermula 30 September lalu hingga esok.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu melakukan curi dalam bangunan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya iaitu memasukkan dadah ke dalam badan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori