Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Keganasan Meletus Apabila Ketua...

NEW DELHI - Keganasan meletus di Haryana, utara India selepas seorang ketua agama...

Operasi Diteruskan Cari Lelaki...

SEREMBAN - Gerakan mencari seorang lelaki berusia 28 tahun yang dilaporkan sesat di...

Agong Bangga Pelantikan Ramai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari...

COVID-19: Kematian Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kadar kematian berkaitan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih pada tahap rendah...

Penganggur Bunuh Juruteknologi Pergigian Dihukum Gantung Sampai Mati

SEREMBAN : Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang juruteknologi pergigian, empat tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim, Azizul Azmi Adnan memutuskan hukuman itu terhadap tertuduh, Abdul Malik Rosli, 24, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Sebaik sahaja hukuman ditetapkan, Abdul Malik kelihatan tenang dan difahamkan tiada ahli keluarganya yang hadir.

Azizul Azmi dalam penghakimannya menegaskan mahkamah tidak memberikan budi bicara memandangkan tiada hukuman lain dalam kesalahan membunuh itu kecuali hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly berhujah, dalam membuat keputusan mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi.

Justeru Husni Fairos berkata, hukuman berat perlu dikenakan terhadap tertuduh sebagai amaran dan pengajaran kepadanya dan orang lain.

“Kesalahan dilakukan Orang Kena Tuduh (OKT) dirancang malah dia tergamak mengambil barang si mati dan memukulnya dengan peralatan dalam rumah mangsa,” katanya.

Sementara itu, peguam, Datuk Haniff Hasan yang mewakili tertuduh dalam hujahannya pula berkata, kesalahan yang dilakukan bukan jenayah terancang memandangkan tiada penglibatan sindiket dan tertuduh tidak menerima upah.


“Sebaliknya, ia berlaku akibat tekanan perasaan OKT sehingga menyebabkan dia bertindak di luar batasan sepatutnya. Latar belakang tertuduh perlu diambil kira di mana dia yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik tidak bekerja dan datang daripada keluarga miskin,” katanya.

Haniff berkata, pihak pembelaan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan mahkamah.

Pada 12 Februari 2018, media melaporkan tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson atas pertuduhan membunuh juruteknologi pergigian.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Mahussin Abdul Rahim, 28, di sebuah unit di tingkat 4 Kuarters Klinik Kesihatan Lukut, Port Dickson pada pukul 1.40 pagi, 19 Januari 2018.

Mayat Mahussin ditemukan oleh rakannya selepas 72 jam dilaporkan hilang dan tidak datang bekerja pada 22 Januari 2018.

Suspek melarikan diri menggunakan motosikal mangsa dan siasatan polis membawa kepada penahanannya di sebuah rumah di Johor Bahru, pada 30 Januari.

Hasil soal siasat polis, suspek mendakwa mengenali mangsa melalui aplikasi WeChat dan dijanjikan pekerjaan menyebabkan dia datang ke rumah mangsa menaiki bas, namun mangsa didakwa tidak menepati janji lalu berlaku pertengkaran sebelum suspek membunuh mangsa.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori