Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tauke Sushi Menang Bidaan...

KALAU dah kaya….pemilik rangkaian sushi di Jepun, yang dinobatkan sebagai 'Raja Tuna' sanggup...

Kesemua Pelajar Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Kesemua 18 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di tiga universiti...

Bekas KPSU Kementerian Ditahan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ketua Penolong...

Kisah Wanita Berhati Mulia,...

SEBAGAI manusia kita pasti ingin memiliki binatang peliharaan yang lucu, comel dan ada...

Peringatan Menjelang PRU-15

Kita perlu sentiasa ingat pembangkang di Malaysia sanggup mengorbankan masa depan negara demi politik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jangan kita lupa bagaimana mereka pernah cuba merosakkan kepentingan agama dan bangsa kita.

Perlu sentiasa ingat perbuatan mereka yang mengugat keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Usah ditipu dan dibohongi janji-janji palsu serta pembohongan mereka pada PRU yang lepas.

Wajib mengingati mereka sememangnya licik memanipulasi sesuatu isu untuk memperdaya fikiran.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)) ingatlah beberapa perkara mustahak ini:

– Hutang RM1 Trilion

Hutang langsung kerajaan akhirnya benar-benar mencecah RM1 trilion dibawah pentadbiran mereka. Hutang negara naik beratus bilion ringgit berbanding RM686.8 bilion sebelum PRU-14.

– BR1M

Mereka tuduh BR1M rasuah. Selepas menang PRU-14 BR1M diteruskan kerana ternyata ia membantu rakyat. Namun jumlahnya dikurangkan dan ditukar nama kepada BSHR/BPN.

– GST

Akhirnya mereka mengaku sistem cukai sedia ada tidak tersusun dan ada pihak terlepas bayar cukai. Harga barang tidak turun selepas GST dimansuh. Bercadang memperkenalkan cukai-cukai baharu pula.

– Tabung Haji Bankrap

Mereka tuduh TH bankrap menyebabkan ramai pendeposit mengeluarkan duit. Selepas itu mereka buat tidak tahu sahaja, malah kes fitnah digugurkan selepas mereka menang PRU-14.

– PTPTN

Mereka berjanji menghapuskan hutang peminjam PTPTN. Selepas menang PRU-14 mereka kata harus menerima hakikat agensi itu tidak dapat memansuhkan bayaran balik pinjaman.

– Undang-Undang Zalim

Tuduh undang-undang semasa zaman kerajaan BN zalim. Bantah SOSMA, Akta Hasutan dan banyak lagi, tetapi selepas PRU-14 mereka teruskan demi kesejahteraan negara.

– Jual Aset Negara

Mereka jual aset-aset strategik negara dengan pelbagai alasan termasuk pembaziran dan akhirnya menyebabkan prestasi ekonomi negara merundum.

– Jarah Petronas

Mereka jarah rizab Petronas, namun dalam masa sama rata-rata bantuan kepada rakyat dikurangkan. “Rakyat perlu ‘berkorban’, tiada ada istilah wang percuma”. “Rakyat perlu ikat perut bantu kerajaan”

– Pengundi Warga Bangladesh /Blackout

Mereka tuduh terdapat seramai 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh dan blackout. Selepas mereka menang PRU-14 akhirnya ternyata ia fitnah semata-mata.

– Hapuskan Tol

Berjanji akan hapuskan tol jika jadi kerajaan. Selepas menang PRU-14 mereka gandakan baki tempoh konsesi tol.


– Nilai Mata Wang

Nilai mata wang ringgit menyusut selepas mereka jadi kerajaan berbanding RM3.85 pada April 2018 (bulan terakhir sebelum PRU-14)

– Harga Minyak

Mereka berjanji harga minyak turun ke RM1.50 dalam masa 24 jam selepas mereka menang, Apakah itu berlaku sejurus mereka menang PRU-14?

– MH370

Mereka sanggup mempolitikkan insiden MH370. Berjanji dapat menyelesaikan insiden itu dalam tempoh yang singkat jika jadi kerajaan.

– Manifesto Bukan Kitab Suci

Memperlekehkan tuntutan rakyat terhadap segala janji-janji mereka pada PRU-14 dengan memberi alasan manifesto bukan kitab suci.

– Kontrak Sosial

Kontrak Sosial termasuk kedudukan institusi beraja, keistimewaan Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu cuba diganggu-gugat.

– Pendakwaan Politik

Pemimpin BN yang setia kepada parti dikenakan pelbagai tindakan bermotifkan politik. Pemimpin yang tunduk kepada mereka terlepas sebarang tindakan, malah diberi jawatan.

– Berebut Jawatan PM

Pertelingkahan berhubung jawatan Perdana Menteri antara mereka akhirnya menyebabkan kerajaan mereka terbubar dengan sendirinya, tetapi menuduh BN punca kerajaan mereka terbubar.

– Wabak Covid-19

Kes pertama Covid-19 di Malaysia melibatkan kemasukan warga China meskipun sebelum itu terdapat desakan menyekat kemasukan pelancong daripada negara terjejas.

– Lantikan Politik

Sebelum PRU14 mereka mengikrarkan janji untuk mengakhiri semua lantikan politik, tetapi selepas menang mereka meneruskan lantikan politik.

– Katak Politik

Menyokong dan menggalakkan gejala ‘katak politik’ yang jelas mengkhianati mandat rakyat demi memperkuatkan kedudukan politik mereka.

– Kereta Terbang

Projek membina kereta terbang pertama dilaporkan sudah 85 peratus siap dan akan berada di Malaysia pada akhir tahun 2019.

Ingatlah jua tentang isu AES yang zalim, hapus hutang peneroka Felda, pendidikan percuma, tutup Lynas, 1 juta peluang pekerjaaan.

Begitu juga isu 1 juta rumah mampu milik, menteri sijil akademik palsu dan banyak lagi. Beringat wahai pengundi sebelum ditipu lagi.

Kebijaksanaan anda amat berharga untuk dipersia-siakan demi kepentingan politik mereka.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori