Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Tun Mahathir: Semua Pihak...

PUTRAJAYA - Semua pihak harus akur dengan pemilihan calon Menteri Besar Selangor yang...

Kalau Dulu Beckham, Kini...

TIDAK masuk akal. Jika dahulu jejaka transgender ini sanggup menghabiskan duitnya untuk kelihatan seperti...

Jurufoto Norway Bertuah Terjumpa...

SEORANG jurufoto dari Norway berjaya merakam gambar seekor anak rusa putih yang disaksikan...

Hanya Loji Langat 2...

KUALA LUMPUR - Tiada kaedah lain!. Hanya dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat...

Perlis Juga Bubar DUN Hari Ini

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perlis ke-14 berkuat kuasa hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Azlan berkata pembubaran DUN itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya beliau dan Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari telah menghadap Raja Perlis di Galeri Diraja Arau pada pukul 3 petang semalam dan menyembah maklum memohon pembubaran DUN Perlis.

“Alhamduillah baginda telah memberi perkenan dan tarikh pembubaran DUN berkuat kuasa hari ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Kangar hari ini.

Azlan Man berkata Raja Perlis juga telah menandatangi pengisytiharan pembubaran DUN Perlis berkuat kuasa hari ini.


“Jadi PRU Negeri akan diadakan serentak dengan PRU15 dan kita akan serahkan segala urusan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk membuat tindakan sewajarnya,” katanya.

Perlis mempunyai 15 kerusi DUN. Sebelum pembubaran DUN penggal ke-14, sepuluh kerusi diwakili Barisan Nasional (BN), tiga PKR dan dua PAS.

Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen. Penyandang kerusi Arau dan Padang Besar adalah Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Datuk Zahidi Zainul Abidin masing-masing dari BN, manakala kerusi Parlimen Kangar disandang Noor Amin Ahmad (PKR).

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori