Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

PKR Pecat Haziq Serta-Merta

PETALING JAYA - Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat serta-merta...

Data Harian Covid-19 Tepat,...

KUALA LUMPUR - Semua data harian Covid-19 dan data klinikal kes virus berkenaan...

1,889 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,889 kes baharu Covid-19, hari...

25 Serangan Jantung Sehari,...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Sewaktu berusia sembilan bulan, Theo...

PKR Belum Muktamad 3 Kerusi Dituntut MUDA, PSM

KUALA LUMPUR : PKR belum memutuskan tuntutan tiga kerusi yang diminta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan MUDA untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tiga kerusi itu adalah Parlimen Sungai Siput, Tapah dan Sembrong.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata kerusi itu diperuntukkan kepada PKR oleh Pakatan Harapan (PH) dan masih memerlukan rundingan lanjut sebelum penyerahan kepada dua parti itu diputuskan.

“Kerusi ini diperuntukkan kepada PKR, tetapi memandangkan ia sudah diminta MUDA atau PSM, kita akan runding sebelum dimuktamadkan dalam beberapa hari ini,” katanya,

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pengumuman Calon PKR di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor, malam tadi.

Pendirian PKR itu ternyata menggusarkan MUDA yang dijadual mengumumkan senarai mereka untuk PRU15, malam ini.


Pada PRU14, PH memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput yang menyaksikan pertembungan dengan PSM ketika itu.

PH menerusi S Kesavan menang dengan majoriti 5,607 undi, manakala calon PSM sekadar memperoleh 1,505 undi.

Parlimen Tapah dan Sembrong boleh dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN), masing-masing disandang Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan serta Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

MUDA berdepan cabaran memperoleh lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada PRU kali ini, selepas rundingan dengan PH dilihat gagal memenuhi apa yang dihasratkan mereka.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori