Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Punca Kematian Ahmad Rafikin...

KUALA TERENGGANU - Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut...

Kerajaan Teliti Model Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan mewujudkan satu jawatankuasa bagi meneliti model baharu...

UMNO Pekan Desak Mahfuz...

PEKAN - UMNO Bahagian Pekan hari ini, mendesak supaya anggota Parlimen Pokok Sena,...

Anggota Polis URB Parah...

KULIM: Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera parah selepas terbabas ketika cuba...

PM Jangka PRU15 Dalam Tempoh 30 Hari Lagi

BERA : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin hampir dan berkemungkinan diadakan dalam tempoh sebulan lagi setelah Parlimen dibubarkan, 10 Oktober lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri berkata, lazimnya pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam tempoh lima ke enam minggu selepas Parlimen dibubarkan iaitu tidak sampai 60 hari seperti ditetapkan mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, itu secara kebiasaannya dan paling awal PRU pernah diadakan dalam tempoh empat minggu atau 28 hari selepas Parlimen dibubarkan.

“Kalau enam minggu, bermakna kita ada masa sebulan lagi, itu sampai tempoh hari mengundi.

“Penamaan calon biasa dua minggu sebelum hari mengundi, kempen biasanya 14 hari. Jadi congak sendiri bila penamaan calon dan hari mengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat 20 Oktober ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

“Maknanya sudah dekat sangat, sebab itu hari ini kita lancarkan jentera parti di Bera dan kita juga dalam mesyuarat khas malam tadi memutuskan semua cawangan mesti buka bilik gerakan bermula esok atau malam ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, PRU kali ini berbeza berbanding kerana jaminan 100 peratus Barisan Nasional (BN) boleh menang dan membentuk kerajaan tiada lagi selepas PRU14.


“Dulu UMNO dan BN bila PRU jangkaan kita mesti menang dan boleh memerintah. Masuk PRU gerenti menang dan bentuk kerajaan. Putrajaya milik kita, itu dulu.

“Peristiwa PRU14 jangan kita lupa dan ambil mudah, tiada gerenti lagi apabila kita memasuki PRU selepas PRU14. Sebab itu kerja kita mesti berbeza dari dulu, kuat dari dulu untuk memastikan kemenangan,” katanya.

Begitu juga di Parlimen Bera, katanya, ia berbeza berbanding PRU14 kerana kini ‘diteropong’ dan menjadi tumpuan kerana kerusi Perdana Menteri.

“Jadi tanggungjawab kita lebih besar dari dulu. Dulu kita menang hanya 2,300 undi, waktu itu saya Menteri Luar bandar. Tentunya 2,300 ini tidak berapa bagus tapi akibat tsunami waktu itu di Bera kita tetap tidak tumbang seperti kawasan lain.

“Kali ini kita mesti buktikan kepada kawasan lain bahawa Bera bukan setakat menang tapi menang dengan jumlah yang jauh lebih besar. Sekurang-kurangnya 6,000 ke 9,000 undi. Kita kena buktikan Bera mampu beri kemenangan yang besar serta menyumbangkan satu kerusi untuk kita ke Putrajaya,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori