Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keadaan Banjir Di Perlis...

KANGAR – Banjir di Perlis beransur pulih apabila cuma tinggal lapan pusat pemindahan...

Ada 40% Semut Pemalas,...

WASHINGTON DC - Semut dikenali sebagai haiwan yang selalu bekerja keras dalam menjalankan...

Peniaga Teruskan Operasi Walaupun...

PASIR MAS - Seorang peniaga gerai makan di Gual Tinggi, Rantau Panjang di...

SPR Sahkan Azhar Harun...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa Pengerusinya, Datuk...

PRU-15: Ahmad Faizal Pertahan Kerusi Parlimen Tambun

Kuala Lumpur : Penyandang kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan untuk mempertahakan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengumuman itu dibuat kurang 24 jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan untuk merebut kerusi itu.

“Saya ingin mengumumkan akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun dalam PRU-15 akan datang.

“Saya dan rakan sukarelawan serta pendokong Perikatan Nasional (PN) Tambun adalah merupakan anak jati Parlimen Tambun dan menjadi tanggungjawab untuk terus kekal berkhidmat di halaman sendiri,” katanya hari ini.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, atas prinsip dan semangat demokrasi, mana-mana individu yang berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun dialu-alukan.


Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata, kempen pada PRU-15 kali ini diharap berjalan dengan telus dan adil sekali gus memberi manfaat kepada pengundi di Tambun serta seluruh rakyat Malaysia.

Semalam, dalam satu program Pakatan Harapan di Ipoh, Anwar yang sebelum ini Ahli Parlimen Port Dickson mengesahkan untuk bertanding merebut kerusi Tambun.

Pengumuman itu juga menamatkan teka teki kerusi yang akan ditandingi Anwar yang turut dipilih sebagai calon tunggal Perdana Menteri bagi blok PH.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori