Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Boris Johnson Perdana Menteri...

LONDON – Pemimpin Parti Konsevatif, Boris Johnson memenangi pemilihan parti pemerintah hari ini...

Segera Lakukan Pemeriksaan Jika...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang ramai sekali lagi...

Najib Umum Langkah Pengalakkan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa...

Keganasan Terbaru Di Pattani

Pattani - Seorang terbunuh dan ramai lagi cedera apabila beberapa butir bom meletup...

PRU-15: PN Tidak Bertanding Semua Kerusi Parlimen

Masjid Tanah : Perikatan Nasional (PN) tidak bertanding di semua 222 kerusi Parlimen pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15), tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya kerusi yang disifatkan cukup untuk membentuk kerajaan, akan ditandingi.

“Ada laporan media, saya kata PN akan bertanding di 222 kerusi, tidak tepat. Kita akan bertanding majoriti yang sejumlah kerusi yang kalau kita menang, kita boleh bentuk kerajaan,” katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan jentera PRU-15 PN pada program Jelajah Prihatin Parlimen Masjid Tanah di Kampung Paya Lebar, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan PN Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakop; Timbalan Pengerusi Perhubungan PN negeri, Zulkifli Ismail dan Pengerusi GERAKAN Melaka, Datuk Seri Michael Gao Peng Lau serta penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Mengenai manifesto PN, Muhyiddin berkata, beliau sudah menerima draf manifesto yang mengetengahkan beberapa aspek utama berkaitan pemulihan ekonomi negara dan mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.


“Yang paling utama, apabila kita bentuk kerajaan, kita betulkan masalah ekonomi kerana ramai rakyat yang susah, soal pulihkan perniagaan, wujudkan peluang pekerjaan dan seumpamanya.

“Kita lihat bagaimana hendak bantu rakyat yang sebahagiannya jatuh miskin tak kira apa kaum,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedia berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kerjasama pada PRU-15, Muhyiddin berkata, ia terpulang kepada mereka.

“Itu terserah kepada mereka sama ada mereka boleh bekerjasama, saya tak berhak komen,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori