Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ada Bukti MAIS ‘Luluskan’...

Selepas seorang daripada penganjur program 'I Want To Touch A Dog' (IWTTAD) mengatakan...

Zaman Khan Nafi Terbabit...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tan Sri Mohd...

PPBM N.Sembilan Terpaksa Dibubar...

HANCUR... Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Pakatan Harapan (PH) malu...

Fazura Dikecam Kerana Twit...

RATA-RATANYA ramai rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang penangguhan tayangan filem Disney terbaharu...

PRU-15: UPKO Umum Lima Calon

KOTA KINABALU : Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan lima calon yang menampilkan gabungan muka baharu dan lama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfed Madius Tangau berkata, lima kerusi yang ditandingi UPKO adalah Tuaran, Penampang, Kimanis, Beluran dan Libaran.

Bagi kerusi Parlimen Tuaran, Madius selaku penyandang kerusi akan terus mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini di bawah payung Pakatan Harapan (PH).

Madius memegang kerusi Parlimen Tuaran selama empat penggal semasa berada dalam Barisan Nasional (BN).

Empat kerusi lain yang akan ditandingi adalah Parlimen Kimanis diwakili Rowindy Lawrence; Felix Joseph Saang bagi Parlimen Beluran; Dr. Peter Jr. Naintin, bagi kerusi Parlimen Libaran dan Datuk Ewon Benedick yang akan bertanding di kerusi Parlimen Penampang.

Beliau berkata demikian semasa mengumumkan calon UPKO pada PRU-15 di Ibu Pejabat UPKO di Penampang hari ini.

Dua daripada lima calon iaitu Rowindy dan Peter yang bertanding merupakan muka baharu yang belum pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini.


Rowindy merupakan Timbalan Ketua Penerangan UPKO manakala, Peter pula adalah adalah Timbalan Setiausaha Agung UPKO.

Ewon pula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian dan juga Naib Presiden UPKO dan manakala, Felix merupakan Ketua Pemuda UPKO dan pernah bertanding di kerusi DUN Kuamut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020.

Madius berkata, pemilihan calon itu melalui proses yang panjang bermula dengan pemilihan di peringkat dalaman parti sebelum dikemukakan kepada pucuk pimpinan PH.

“Kita persembahkan calon-calon terbaik untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Jelas beliau, pilihan raya kali ini merupakan penentu kepada masa depan negara dan menjadi misi UPKO bersama seluruh parti komponen lain dalam PH untuk menang semua kerusi yang ditandingi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori