Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysian Tigress Duduki Tempat...

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara menamatkan kempen Kejohanan Piala Asia 2017...

PAS Berisiko Kehilangan Kelantan...

GEORGE TOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata PAS berdepan risiko...

DAP Arah ADUN Sokong...

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu...

Polis Buru ‘Ayat’ Disyaki...

MELAKA - Polis sedang memburu seorang lelaki berusia 20-an dikenali sebagai 'Ayat' disyaki...

PRU15: 94,411 Anggota, Pegawai PDRM Siap Siaga

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatur gerak 94,411 pegawai dan anggotanya bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 120,557 warga pasukan PDRM yang akan ditugaskan bagi penugasan berkaitan perjalanan pilihan raya.

“Kita mengambil maklum pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Parlimen ke-14 bubar pada hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-15.

“PDRM akan bekerjasama erat dengan semua agensi terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pemilihan demokratik di negara ini berjalan lancar.

“Pada masa sama, persediaan sudah diaturkan oleh PDRM untuk berganding bahu dengan lain-lain agensi penyelamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana alam dalam tempoh berlangsungnya PRU-15 kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Acryl Sani berkata, polis meminta kerjasama semua pihak bersama-sama memainkan peranan supaya proses pilihan raya berlangsung tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Sebagai anggota masyarakat yang matang dalam menghadapi senario politik, usaha semua pihak untuk mengelak daripada menyentuh perkara sensitif amat diperlukan.

“PDRM komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Insya-Allah,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori