Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

RM35 Juta Peruntukan Tambahan...

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM35 juta bagi...

JPN Buka Cawangan Baharu...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membuka cawangan baharu di Keramat...

HKK 2022 Sasar RM10...

KUALA LUMPUR : Seramai 300 usahawan dan komuniti kraf dari seluruh negara menjayakan...

Seluruh Negara Diselimuti Jerebu...

KUALA LUMPUR - Orang ramai di pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak mula...

PRU15: GTA Temerloh Mula Bergolak Soal Pencalonan

TEMERLOH – Berbaki enam hari penamaan calon menyaksikan pergeseran mula berlaku dalam parti Gerakan Tanah Air (GTA) Temerloh melibatkan isu pencalonan apabila Pengerusi GTA Pahang, Aminuddin Yahaya dikatakan menjadi calon pilihan GTA bagi mewakili Temerloh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Susulan itu, GTA Temerloh mendesak pucuk pimpinan meletakkan Pengerusi Penyelaras GTA Temerloh, Datuk Mohd. Rofaie Hamdan sebagai calon di kerusi Parlimen itu atau mereka akan undur diri daripada memberi sokongan sepanjang kempen pilihan raya.

Ketua Pejuang Muda Pahang, Mohamad Faiz Dzulkifli berkata, mereka mahukan calon tempatan yang dikenali oleh pengundi dan sering turun padang sejak sebelum pilihan raya lagi.

“Kami ada mendengar pucuk pimpinan mahu meletakkan calon lain selain daripada Mohd Rofaie. Jika ini berlaku, kami tidak teragak-agak melepaskan jawatan dalam parti dan tidak akan memberi sokongan sepanjang kempen.

“Kami sudah bosan dengan calon-calon dari luar kerana mereka tiada semasa kami (orang Temerloh) susah, tiada ketika Temerloh dilanda banjir sebanyak dua kali mahupun semasa kami memulihkan ekonomi Temerloh pada fasa Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Solidariti Anak Muda untuk P088 Temerloh, di sini malam semalam.

Menurut Mohamad Faiz , sekiranya pucuk pimpinan gagal mendengar suara akar umbi dalam parti, tidak mustahil mereka juga gagal untuk mendengar suara rakyat.

Tegasnya, sekiranya Mohd Rofaie tidak dicalonkan, pihaknya akan menarik diri dan tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti berkaitan GTA di Parlimen Temerloh.


Dalam pada itu Setiausaha Pejuang GTA Temerloh, Abu Bakar Mohd Husain memberitahu, semua anak muda di bawah Parlimen Temerloh menyatakan sokongan kepada Mohd Rofaie malah mereka juga bakal menjadi penggerak pada PRU15 di Temerloh.

Sementara itu Mohd. Rofaie menzahirkan rasa terkilan apabila Majlis Pelancaran Jentera Gagasan Bangsa (GB) yang diketuai Aminuddin semalam dilaksanakan tanpa memaklumkan kepada parti lain atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan GTA.

Beliau yang turut tidak dijemput dalam majlis itu berkata, pelancaran jentera parti sepatutnya tidak dilaksanakan bersendirian kerana menunjukkan tiada kesepakatan antara GTA di Parlimen Temerloh.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, jika mahu melancarkan jentera seharusnya melibatkan semua parti dan NGO di bawah GTA. Ini tidak, hanya segelintir pihak dijemput bersama dalam program itu sedangkan kami dan parti lain tidak terlibat.

“Ini sudah pasti menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penyokong GTA yang lain sedang kita mengharapkan sokongan padu daripada pengundi muda di Temerloh,” ujarnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori