Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Bunuh Kekasih, Belah...

Seorang gadis dihukum mati kerana membunuh kekasihnya dengan membelah dada lelaki itu selepas...

EAIC Siasat Dakwaan Kejadian...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan berlakunya...

Lepas Negara Islam Kini...

KEJADIAN serangan ganas di Barcelona mendedahkan malam tadi kini fenomena baharu. Media Barat...

Penjelasan Peguam Negara Berhubung...

KEBELAKANGAN ini terdapat pelbagai pihak telah memberikan pandangan mengenai kuasa Seri Paduka Baginda...

PRU15: Rahman Dahlan Antara 5 Nama BN Kota Belud

KOTA KINABALU : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan namanya adalah antara lima calon yang disenaraikan Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kota Belud pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Namanya dicadangkan UMNO Kota Belud bersama empat lagi nama pemimpin UMNO bahagian berkenaan yang diserahkan kepada kepemimpinan tertinggi parti untuk dipertimbangkan.

Katanya, beliau memang mahu kembali berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Kota Belud untuk menyambung apa yang pernah dilakukannya ketika menyandang kerusi berkenaan sebelum PRU14.

“Saya suka untuk kembali berkhidmat di Kota Belud. Masih banyak lagi perancangan saya di Kota Belud dan ‘hashtag’ saya ialah ‘sambung yang tergendala’.

“Kalau diberikan peluang oleh parti, saya ingin kembali ke Kota Belud,” katanya ditemui selepas Majlis Ikrar Pelajar Baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah yang juga Pro Canselor UMS, Datuk Hajiji Noor dan Naib Canselor baharu UMS, Prof Datuk Dr Kasim Md Mansor.

Abdul Rahman yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UMS tidak menyebut empat nama lain. Namun berdasarkan kedudukan semasa, beberapa pemimpin UMNO di Kota Belud dilihat berpotensi dicalonkan, antaranya Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Bahagian UMNO ketika ini, Fadli Juanas.


Abdul Rahman turut mengimbau kedudukan sebenar ketika PRU14 pada 2018 yang menyaksikan beliau berpindah menjadi calon BN di Parlimen Sepanggar hingga tewas kepada calon Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman.

“Sebenarnya saya tidak pernah meninggalkan Kota Belud, saya diarah bertanding di Sepanggar.

“Pada waktu itu, sebenarnya saya lebih suka berada di Kota Belud tetapi apabila diarahkan oleh parti untuk bertanding di Sepanggar, saya akur. Tapi terbukti strategi parti itu tidak betul dan kita menghadapi kekalahan,” katanya.

Pada PRU-14, BN mencalonkan semula Salleh yang juga pernah menyandang kerusi berkenaan sebelum diambil alih Abdul Rahman pada 2008.

Salleh bagaimanapun tewas kepada calon WARISAN, Isnaraissah Munirah Majilis dengan majoriti 4,262 undi dalam persaingan empat penjuru yang turut disertai calon PAS dan Parti Harapan Rakyat Sabah.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori