Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Melayu Jadi Bangsat Jika...

Ini luahan dan warkah saya untuk muhasabah parti keramat melayu yang akan bersidang esok. Selamat memilih pemimpin tertinggi

MISC-MIFA Yakin Muncul Juara...

PETALING JAYA - Pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA)...

Pekerja Kilang Serbu Balai...

SEORANG doktor hospital telah dipanggil selepas didakwa mencabul sekumpulan pekerja wanita yang menuduhnya...

Kes Dana 1MDB: Leissner...

NEW YORK : Dua bekas pegawai Goldman Sachs dijadualkan hadir ke mahkamah sama...

PRU15: Semua Parti Komponen PN Guna Bendera Sama – Muhyiddin

TEMERLOH : Semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) akan bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di bawah satu bendera, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, berkata semua parti komponen gabungan itu juga akan beroperasi sebagai satu pasukan, bukan mempunyai pusat operasi berasingan mengikut parti.

“PN akan menubuhkan jentera pilihan raya untuk beroperasi sebagai satu pasukan di bawah satu pusat, sekali gus tidak perlu ada pusat berasingan.

“Kemenangan untuk PAS (kerusi Parlimen atau DUN) bermakna kemenangan untuk rakan parti dalam PN juga, ia sekali gus memastikan semua parti bekerja keras,” katanya berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya PN Pahang di Kerdau, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pada 31 Ogos lalu, media melaporkan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris, berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan PAS untuk menggunakan lambang sendiri pada PRU15.

Katanya lagi, penggunaan lambang PAS atau PN bukan satu keperluan, sebaliknya tumpuan lebih kepada usaha memastikan parti menang dan terus menerajui kepemimpinan negeri.

Selain BERSATU dan PAS, PN juga dianggotai GERAKAN, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).


Sementara itu, Muhyiddin berkata, PN akan memuktamadkan rundingan membabitkan agihan 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara parti komponen di Pahang dalam masa terdekat.

Katanya, agihan kerusi perlu diselesaikan secepat mungkin berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan pengundian tidak lama lagi.

“Parlimen sudah dibubarkan dan PRU15 akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Mungkin dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, SPR akan umum tarikh-tarikh penting, jadi rundingan kerusi perlu diselesaikan segera.

“Apabila semua (semua parti komponen PN) bersetuju, kami di pucuk pimpinan Pusat boleh mengesahkan senarai calon untuk kerusi Parlimen dan DUN. Saya dimaklumkan bahawa rundingan untuk kerusi Parlimen sudah selesai,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PN merangkap Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau, mengesahkan Muhyiddin secara rasmi bakal diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-10 jika gabungan itu menenangi PRU15.

Katanya, parti komponen PN sepakat dengan ketetapan memilih bekas Perdana Menteri itu kembali ke jawatan lamanya jika gabungan berkenaan diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara.

Muhyiddin berkhidmat sebagai Perdana Menteri Kelapan dari 1 Mac 2020 sebelum meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 selepas gagal mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat apabila 15 Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan mereka terhadap PN.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori