Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jurutol PLUS Maut Motosikal...

SEREMBAN - Seorang jurutol Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) maut selepas motosikal yang ditunggangnya...

Empat ‘Superman’ LPT1 Didakwa...

TEMERLOH: Empat penunggang motosikal termasuk remaja berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen...

Fosil Ular Berkaki Empat...

LONDON - Sekumpulan saintis antarabangsa buat pertama kalinya berjaya menemui satu fosil ular...

Kisah Tragis Penyembelihan Umat...

PADA 3 Ogos 1990, seramai 141 orang jemaah Muslim sedang solat penuh khusyuk...

PRU15: Tok Pa, Ikmal Bertanding Guna Simbol PAS

KOTA BHARU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan dua calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggunakan simbol bulan atau logo Pas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurutnya, kedua-dua calon iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz akan memakai bendera Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

“Calon Bersatu kalau ada di Kelantan ini, Tok Pa (Mustapa) dan Ikmal masuk bertanding (PRU15) pakai bendera Pas. Jangan tak pangkah dia.

“Kami (PN) dalam mesyuarat baru-baru ini setuju Kelantan akan pakai simbol Pas. Okay, tak pa, jamin menang (di Kelantan),” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah, Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Dataran Warisan, Stadium Muhammad IV di sini hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin pada Julai lalu pernah mengumumkan Bersatu dan Pas bersepakat untuk menggunakan simbol PN pada PRU15.


Sewaktu membuat pengumuman itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memaklumkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah bersetuju dengan ketetapan tersebut.

Bagaimanapun, Abdul Hadi baru-baru ini memutuskan untuk menggunakan simbol rasmi parti itu iaitu bulan bagi tiga negeri diterajui mereka iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15.

Menurutnya, penggunaan simbol bulan itu kerana parti tersebut percaya mempunyai akat umbi yang kuat di tiga negeri berkenaan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori