Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bakal Jemaah Umrah Singapura...

CANGGIH... Sekitar 150 jemaah umrah Singapura menjadi kumpulan yang pertama di negara tersebut...

Daripada Pelakon Porno Kepada...

SEORANG bekas pelakon filem lucah yang memperolehi pendapatan RM1.3 juta setahun akhirnya meninggalkan...

Melaka Percepat Pembinaan Pasar...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan berusaha mempercepatkan pembinaan pasar besar kekal di...

Jika MH370, MH17 Dan...

Apakah kehilangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia satu kemalangan udara yang biasa  atau sesuatu...

PRU15: Tun M Sedia Kerjasama PN, Sanggup Lupakan ‘Pengkhianatan’ Muhyiddin

PETALING JAYA – Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sanggup melupakan perbuatan ‘khianat’ Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadapnya bagi membolehkan partinya dan Perikatan Nasional (PN) bekerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Perdana Menteri itu berkata, gabungan tersebut adalah untuk memastikan UMNO kalah dalam PRU15 akan datang dan perkara tersebut akan berlaku sekiranya parti pembangkang menjalinkan kerjasama.

Beliau memilih mengusulkan perkara itu kepada Muhyiddin, namun telah ditolak oleh Pengerusi PN tersebut.

“Kita pun fikir takpalah kalau pun dia (pernah) tikam belakang saya kerana demi bangsa, negara, agama kita, kita sanggup rendahkan diri nak bersama dengan Muhyiddin, walaupun dia buat khianat saya, tak apalah saya boleh lupakan perkara itu.


“Tetapi bila kita cuba nak kerjasama dengan Muhyiddin tetapi dia jawab dia tak nak kerjasama dengan siapa sahaja, bukan main sombong,” katanya ketika berucap pada Program Rapat Umum GTA Kedah, malam tadi.

Pada masa sama, penyandang kerusi Parlimen Langkawi itu mendakwa Muhyiddin yakin PN mampu memenangi PRU15 tanpa perlu menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak.

Tambahnya lagi, Muhyiddin masih berminat untuk memegang semula gelaran Perdana Menteri buat kali kedua.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori