Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

3 Ditahan Berhubung Letupan...

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua warga tempatan dan seorang lelaki rakyat Pakistan...

PBSNT Ingatkan Pemain Tak...

SETIU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak akan berkompromi dengan mana-mana...

Annuar Sedia Bantu Atasi...

KOTA BHARU - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

Jalur Lebar: Gobind Mahu...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mahu syarikat telekomunikasi...

PRU15: UMNO Akan Cari Tempat Sesuai Untuk Khairy – Mohamad

SEREMBAN: UMNO akan mencari tempat sesuai bagi penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Khairy yang juga Menteri Kesihatan adalah pemimpin muda berkaliber dan baik untuk negara dan sudah tentu UMNO tidak mahu beliau ‘hilang’ begitu sahaja.

“Kita cuba cari tempat sesuai untuk beliau untuk bertanding di PRU15,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau, di sini, hari ini.

Terdahulu, pada mesyuarat sama, Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau dalam ucapan penggulungannya berkata beliau memberi laluan kerusi Parlimen Rembau kepada Mohamad pada PRU15.

“Itu semangat kekeluargaan di Rembau, kami beradat. Alhamdulillah kita akan pastikan jentera di Rembau dipertingkatkan lagi, tiada isu kerusi Rembau lagi,” kata Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau.


Mengenai mesyuarat perwakilan hari ini, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata parti itu perlu memberi tumpuan di beberapa kawasan yang mengalami kekalahan tipis pada PRU14.

“Kita tidak cakap tentang sasaran kerusi, sasaran kita nak menang jadi mesti melepasi 112 kerusi supaya dapat tubuhkan kerajaan pada PRU15 ini.

“Kalau boleh menang banyak, lagi baik dan kawasan dulu yang kalah tipis perlu diberikan tumpuan yang lebih oleh pimpinan di kawasan tersebut,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori