Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Adenan: Sarawak Tumpu Sedia...

KUCHING - Sarawak kini menumpukan untuk menyediakan pendidikan teknikal yang amat diperlukan oleh...

Gaduh Akibat Hutang RM30,...

Petaling Jaya: Akibat hutang RM30, dua sahabat bergaduh sebelum seorang daripadanya luka ditikam...

Liza Hanim Bakal Jadi...

“SAYA sudah bersedia kembali!”. Itulah pengakuan terbuka Liza Hanim untuk mewarnai dunia hiburan...

Usia Tak Halang Madonna...

NYATA usianya yang kini mencecah 56 tahun tidak menghalang ratu kontroversi, Madonna untuk...

PRU15: Warisan Belum Muktamadkan Jumlah Kerusi Di Perlis, Kedah

KOTA KINABALU : Parti Warisan Sabah (Warisan) belum memutuskan jumlah kerusi yang akan ditandingi di Semenanjung termasuk Perlis dan Kedah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Walaupun sebelum ini Warisan mengesahkan akan bertanding di tujuh negeri di Semenanjung, namun, bilangan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) belum dimuktamadkan.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pengumuman jumlah kerusi parlimen yang ditandingi di Perlis dan Kedah itu belum muktamad.

“Itu sekadar cadangan dan sebelum ini pengerusi perhubungan Perlis ada meminta dua kerusi tapi, saya akan maklumkan nanti.

“Nanti waktunya akan sampai untuk saya jelaskan (tentang kerusi). Malah, kita telah melantik seorang ahli majlis tertinggi untuk menyelaras dan menentukan kerusi-kerusi serta calon-calon yang bertanding.

“Namun, pada akhirnya Presiden yang akan menentukan kawasan mana kita tanding dan siapa calon, itu kita akan putuskan,” katanya semasa mengulas tentang jumlah kerusi yang akan ditandingi di Perlis dan Kedah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah Presiden Warisan di Kinarut, Papar semalam.

Semalam, Pengerusi Warisan Perlis, Datuk Abd. A’zib Saad mengumumkan Warisan akan bertanding tiga kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-15.


Tiga kerusi Parlimen itu adalah Kangar, Arau dan Padang Besar manakala, enam DUN adalah Titi Tinggi, Mata Ayer, Kuala Perlis, Kayang, Pauh dan Simpang Empat.

Sementara itu, Pengerusi Warisan Perlis, Datuk Fadzil Hanafi menyatakan Warisan Kedah dikenal pasti di lima kawasan parlimen untuk ditandingi pada PRU15 iaitu Alor Setar, Pokok Sena, Sungai Petani, Merbok dan Padang Serai.

Menurut beliau, senarai calon yang dirasakan layak bertanding telah dikemukakan kepada Presiden Warisan.

Mohd. Shafie yang juga penyandang kerusi Parlimen Semporna berkata, beliau sudah menapis senarai calon-calon yang ada bagi melihat kebolehan dan kelayakan mereka untuk bertanding.

Jelas beliau, senarai calon sedang diteliti dan melalui proses saringan dan semakan status muflis dan keselamatan.

“Saya tapis dari segi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi untuk mengetahui status muflis calon, semua itu kita akan tapis. Saya tidak boleh umum (calon) tanpa melihat status dan keadaan seseorang calon tersebut,” katanya.

Dalam program sama, Mohd. Shafie mengumumkan penyandang kerusi Parlimen Papar, Ahmad Hassan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi tersebut.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori