Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Trafik Penumpang Udara Dunia...

KUALA LUMPUR - Trafik penumpang udara dunia pada November 2016 mencatatkan pertumbuhan permintaan...

Mahathir Mursyidul Am Pakatan...

KUALA LUMPUR - Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) mempergunakan mantan Perdana Menteri, Tun...

Polis Siasat Wanita Asing...

POLIS akan memeriksa dakwaan berkaitan seorang wanita warga asing yang dikatakan menyebar agama...

“Saya Tidak Malu Kalau...

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali mencuri...

Putin Luluskan Perjanjian Aneksasi Empat Wilayah Ukraine

ANKARA – Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu meluluskan perjanjian mengenai “penerimaan” wilayah Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson Ukraine ke dalam Persekutuan Rusia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau juga menandatangani undang-undang perlembagaan persekutuan mengenai kemasukan empat wilayah itu ke dalam Rusia, lapor Agensi Anadolu.

Pada Selasa, parlimen Rusia telah meratifikasi perjanjian mengenai pengilhakan wilayah Ukraine.

Putin menandatangani perjanjian pada Jumaat lalu dengan pihak berkuasa di wilayah itu berikutan “pungutan suara” yang diadakan pada 23 hingga 27 September.


Undian dibuat lebih tujuh bulan selepas konflik Rusia-Ukraine bermula pada 24 Februari.

“Referendum” berkenaan menerima kecaman masyarakat antarabangsa, dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menggelarnya sebagai “palsu” dan menegaskan mereka tidak akan mengiktiraf usaha itu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, keputusan Putin untuk menggabungkan empat wilayah itu sebagai tidak sah.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori