Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap...

8 GAMBAR: Kebakaran Musnahkan...

Sekitar jam 3 pagi tadi, hampir 200 gerai menjual aneka barangan di bazar...

Taufan Mocha Mula Badai...

TEKNAF: Kawasan tepi pantai di Bangladesh dan Myanmar hari ini dibadai Taufan Mocha,...

PRN Sarawak: BN Lancar...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini melancarkan manifesto dengan menggariskan 15...

‘Rakaman RTM Sebelum Najib Masuk Penjara’

Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa tiada sebarang rakaman video membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak oleh mana-mana agensi media di premis penjara seperti dakwaan yang tular.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

“Hasil semakan menunjukkan video tersebut telah dirakam lebih awal oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Kembara Keluarga Malaysia episod 57 iaitu sebelum Najib dipenjarakan.

“Video yang ditayangkan TV1 pada 24 Oktober lalu menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik,” kata jabatan itu dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu sekeping gambar Najib yang memaparkan dia sedang bersiaran di televisyen tular di media sosial.

Penyandang ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd.


Beberapa pengguna media sosial yang memuat naik gambar berkenaan dilihat mempersoalkan bagaimana seorang berstatus banduan boleh bersiaran di televisyen.

Malah ada juga yang mendakwa Najib turut berkempen melalui tayangan video berkenaan.

Sementara itu Jabatan Penjara Malaysia menasihat agar orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab,” kata kenyataan itu.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori