Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

V Shem & Wee...

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong...

Ahli Perniagaan Kerugian RM10,000...

BUTTERWORTH - Sepasang suami isteri yang juga ahli perniagaan kerugian kira-kira RM10,000 selepas...

” Mesti Daftar Sebagai...

KUANTAN - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata individu berusia...

Russia Henti Salur Bekalan...

BRUSSELS, BELGIUM ā€“ Tindakan firma tenaga dari Russia, Gazprom menamatkan penyaluran gas kepada...

Ramal Banjir Tujuh Hari Lebih Awal

KUALA LUMPUR : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) membangunkan satu sistem untuk meramal banjir tujuh hari lebih awal bagi membantu orang ramai menghadapi musim tengkujuh ini.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sistem itu dikenali sebagai Sistem Pengurusan Bencana Bersepadu (IDMS) dan Sistem Maklumat dan Logistik Banjir Monsun Berteraskan Imej Satelit (eBanjir), dengan menggunakan teknologi angkasa iaitu Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Sistem Penentududukan Global (GPS).

Katanya, dengan menggunakan teknologi angkasa khususnya satelit penderiaan jauh, ia berupaya mencerap dan menghasilkan imej serta maklumat muka bumi terkini, yang amat berguna dalam membantu pengurusan bencana lebih cepat, cekap dan berkesan.

“MOSTI juga menjalankan kerjasama dengan rakan teknologi iaitu MIMOS untuk membangunkan data analitik di pusat kawalan supaya ramalan tepat dapat diberikan seawal tujuh hari dan amaran seawal dua hari sebelum jangkaan.

“Ketika ini, Sistem Pengurusan Maklumat Ramalan dan Amaran Banjir Negara Fasa 1 meliputi tiga kawasan seperti Sungai Terengganu, Sungai Kelantan dan Sungai Pahang, yang menggunakan tujuh teknologi dibangunkan oleh MIMOS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Minggu Angkasa Sedunia bertemakan Kelestarian Angkasa, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim.


Sementara itu, dalam perkembangan teknologi angkasa terkini, Dr Adham berkata, MOSTI sudah bertemu dengan empat syarikat yang menunjukkan minat untuk terbabit dalam pembangunan tapak pelancaran roket di negara ini.

Katanya, berdasarkan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 (Akta 834), satu Lembaga Angkasa Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk mengawal selia aktiviti berkaitan angkasa bagi tujuan keselamatan, pendaftaran objek angkasa dan peruntukan bagi kesalahan berkaitan angkasa.

“Selain itu, kita juga sudah terbabit dalam sektor angkasa di peringkat antarabangsa begitu lama dan sudah menandatangani dua perjanjian dan perlu diratifikasi. Masih ada tiga lagi perjanjian yang perlu ditandatangani dan diratifikasi.

“Dengan perjanjian ini, kita mematuhi garis panduan dikeluarkan Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Angkasa Lepas (UNOOSA), yang mana tinjauan akan dilakukan untuk memastikan tahap keselamatan dipatuhi.

“Justeru, kita tidak bimbang jika hasrat untuk membuat tapak pelancaran roket ini kerana semua sudut sudah diambil kira,” katanya yang menyasarkan pelaksanaannya pada 2030.

Setakat ini, Malaysia sudah berjaya melancarkan 10 satelit iaitu enam satelit komunikasi dan masing-masing dua untuk satelit penderiaan jauh serta satelit penyelidikan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori