Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Hanya Tahu...

TINDAKAN kerajaan Malaysia menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSICP) dengan tergesa-gesa tanpa...

Empat Sekeluarga Maut, Dua...

KULIM: Empat sekeluarga maut, sementara dua lagi anak mereka parah dalam kemalangan jalan...

Budak Miliki Kuasa ‘Magneto’...

Siapa sangka, seorang kanak-kanak miliki satu keistimewaan selepas dirinya hampir menemui ajal kerana...

Kehadiran Ramai Anggota Polis...

SHAH ALAM – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Selangor meminta orang ramai supaya tidak...

Rayuan Najib Mohon Dokumen Bank Diputus 8 Disember

PUTRAJAYA : Rayuan Datuk Seri Najib Razak mendapatkan dokumen membabitkan bank pelaburan Amerika Syarikat, Goldman Sachs, dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, akan diputuskan 8 Disember ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Najib memohon mendapatkan 19 dokumen bagi digunakan dalam perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, menolak dua permohonan Najib pada 12 Julai tahun lalu, yang meminta pendakwaan perbicaraan kes 1MDB mendedahkan dokumen perbankan dikaitkan dengan keluarga Zeti.

Ia susulan dakwaan keluarga Zeti dikatakan menerima wang daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low.

Dalam prosiding hari ini, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan, menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, dan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.


“Kami perlukan masa untuk meneliti (hujahan), oleh itu mahkamah menetapkan keputusan pada 8 Disember ini,” kata Kamaludin.

Najib memfailkan permohonan pada 24 Mac tahun lalu untuk meminta pihak pendakwaan memberikan penyata perbankan daripada beberapa syarikat, termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd dan Central Holdings Ltd, dipercayai mempunyai kaitan dengan Jho Low dan keluarga Zeti dalam kes 1MDB.

Penyandang Ahli Parlimen Pekan itu juga memfailkan permohonan kedua pada 7 April tahun lalu untuk mendapatkan perjanjian penyelesaian sulit antara kerajaan dan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori