Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Anwar Berdepan Pertuduhan Politik...

KUALA LUMPUR - Segala pertuduhan yang didakwa terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

1 Hingga 3 Bulan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu tempoh masa purata yang diperlukan Kabinet...

Remaja 15 Tahun Bina...

LONDON - Seorang remaja lelaki warga Vietnam berusia 15 tahun yang menjadi 'raja...

Pemasang Paip Rasuah Anggota...

SEREMBAN - Seorang pemasang paip dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

RUU Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2022 Dibentang

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2022 untuk meningkatkan penalti tidak melebihi RM10 juta bagi kesalahan termasuk menempatkan meletakkan atau melupuskan buangan terjadual selain di premis ditetapkan, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut rang undang-undang itu yang bertujuan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mana-mana individu apabila disabitkan kesalahan tersebut boleh dihukum tidak melebihi lima tahun penjara dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang RM100,000.

Akta berkenaan menyatakan takrifan buangan adalah apa-apa benda yang ditetapkan sebagai buangan terjadual sama ada dalam bentuk pepejal, separuh pepejal, cecair, dalam bentuk gas, atau wap dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan yang menyebabkan pencemaran.

Rang undang-undang itu juga bagi memasukkan takrifan pembakaran terbuka yang bermaksud apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan berlaku di udara bebas dan tidak dihalakan ke udara bebas itu melalui serombong atau cerobong.

Selain itu, individu yang melakukan, membenarkan, mengarahkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis boleh, apabila disabitkan, didenda minimum RM25,000 atau maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.


Rang undang-undang itu dibentang oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bacaan kali kedua akan dibentang pada persidangan sama.

Turut dibentangkan untuk bacaan kali pertama ialah Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2022.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong ketika mengemukakan ketiga-tiga rang undang-undang itu memaklumkan bacaan kali kedua akan diadakan pada mesyuarat kali ini.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori