Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

BN Seru Rakyat Bangkit...

GEORGE TOWN - Rakyat Pulau Pinang diseru untuk menyelamatkan negeri ini pada pilihan...

Malaysia-Amerika Bekerjasama Untuk Berkas...

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Amerika Syarikat akan bekerjasama dalam usaha untuk memberkas...

16 Individu Ditahan Dalam...

KOTA KINABALU - Polis menahan 16 individu termasuk tujuh daripadanya terlibat dalam kes...

Pemimpin Akar Umbi Perlu...

KUANTAN – Semua jentera parti di peringkat akar umbi diminta bekerja keras untuk...

Sabah Minta Utamakan Projek Lebuhraya Pan Borneo

KOTA KINABALU: Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah perlu diutamakan menerusi agihan peruntukan bagi sektor pengangkutan yang berjumlah RM16.5 bilion dalam Bajet 2023 yang dibentangkan Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata projek itu memerlukan perhatian yang lebih bagi memastikan ia dapat disiapkan pada 2024 seperti dijadualkan sebelum ini.

Katanya, peruntukan lebih besar perlu diberikan kepada Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah agar pelaksanaannya lebih lancar selepas ketinggalan berbanding Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang sudah hampir siap ketika ini.

“Kerajaan negeri mengharapkan agar daripada jumlah peruntukan bagi sektor pengangkutan itu, keutamaan diberikan kepada penyiapan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah yang kemajuannya agak perlahan berbanding di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat lalu memperuntukkan RM16.5 bilion untuk melaksanakan lima projek besar dalam sektor pengangkutan tahun depan.

Selain Projek Pan Borneo, peruntukan itu turut merangkumi projek Landasan Kereta Api Berkembar Gemas – Johor Bahru, Landasan Rel Pantai Timur (ECRL), Sistem Transit Rapid (RTS Link) dan Central Spine Road.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata kerajaan Sabah turut menekankan kepentingan projek jalan raya menghubungkan Kalabakan di pantai timur Sabah dengan Simanggaris di Kalimantan, Indonesia sejajar pemindahan ibu negara itu ke Kalimantan Timur.

Pembinaan jalan raya itu yang turut merangkumi pembangunan bandar sempadan di Kalabakan disenaraikan antara projek di kawasan sempadan dalam Bajet 2023 membabitkan peruntukan RM150 juta.


“Dengan pembukaan Kalimantan Timur sebagai ibu negara baharu Indonesia, perpindahan rakyat Indonesia dari Pulau Jawa dijangka berlaku secara besar-besaran, maka tempias ekonomi akan turut melanda negeri ini khususnya di kawasan pantai timur Sabah,” katanya.

Katanya, projek itu selain pembangunan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar di sini yang diberi peruntukan RM250 juta pada tahun depan bukan saja meningkatkan kemudahan asas yang lebih baik kepada rakyat di negeri ini, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.

Sementara itu, Bung Moktar menyifatkan pelbagai peruntukan yang diberikan kepada Sabah dalam Bajet 2023 membuktikan negeri ini tidak terpinggir daripada arus kemajuan perdana negara.

Beliau menyifatkan bajet kali ini menyeluruh, inklusif dan memihak kepada rakyat yang selari dengan usaha kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara.

Katanya, peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk Sabah yang berjumlah RM6.3 bilion tahun depan adalah satu jumlah yang besar dengan peningkatan sebanyak RM1.14 bilion berbanding RM5.16 bilion tahun lalu.

“Kenaikan itu dapat membantu mempercepatkan pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dirancang oleh kerajaan negeri.

“Ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap keperluan penduduk di Sabah, termasuk di luar bandar yang mahukan pembaharuan dalam usaha kita menjayakan Pelan Pembangunan SMJ agar bergerak pantas,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori