Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pemandu Bas Ekspres Didakwa...

MACHANG - Seorang pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian...

8,125 Individu Ditahan Ingkar...

PUTRAJAYA - Seramai 8,125 individu ditahan setakat ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan...

Disoal Siasat 2 Jam...

“SAYA reda walaupun tidak dapat menunaikan haji, namun Allah memberi peluang saya menunaikan...

Konon PPBM Amal Kebebasan...

IBARAT sembang siapa pun boleh sembang sampai tinggi mengunung tetapi realitinya sendiri kena...

Saman Charles Tidak Lagi Relevan Selepas SPR Tetap Tarikh Mengundi

Kuala Lumpur : Saman difailkan penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku defendan, susulan pembubaran Parlimen, perlu ditolak kerana bersifat akademik atau tidak lagi relevan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam mewakili ketiga-tiga defendan itu, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata, ia selepas SPR menetapkan 19 November ini, sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon pada 5 November. Oleh itu, saman pemula difailkan plaintif wajar ditolak oleh mahkamah kerana ia bersifat akademik,” katanya pada prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, hari ini.

Pada 11 Oktober lalu, Charles selaku plaintif memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Tinggi, bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan PRU-15.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dilaporkan mengumumkan tarikh penting PRU-15 itu dalam sidang media khas.

Pengundian awal pula ialah pada 15 November, manakala tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula 5 November, bagi semua calon dan parti politik bertanding hingga jam 11.59 malam, 18 November.

Zulkefli berkata, saman itu juga perlu dibatalkan atas alasan ia bersifat skandal, remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Katanya, ia jelas sekali terdapat perkara tertentu termasuk isu pembubaran Parlimen yang tidak sesuai dibicarakan.


Beliau berkata, inti pati dan perkara utama yang dibangkitkan plaintif menerusi saman itu, kekal sebagai subjek yang tidak boleh dijustifikasikan.

“Plaintif dilihat tidak mendedahkan sebab tindakan atau sebab tindakan yang munasabah menerusi saman itu. Kuasa prerogatif untuk membubarkan Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong seperti ditetapkan bawah Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Kami berhujah bahawa ini adalah satu-satunya peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan baginda membubarkan parlimen. Oleh itu, kami mengemukakan bahawa pembubaran dibuat di bawah peruntukan itu.

“Bagi menentukan sama ada penggunaan kuasa perlembagaan tertentu adalah wajar, perkara itu perlu diteliti. Perkara utama dalam permohonan plaintif adalah mengenai kuasa prerogatif baginda untuk membubarkan parlimen.

“Perkara mengenai pembubaran Parlimen tidak boleh dijustifikasikan dan akan akan berlaku ketidakadilan serta penyalahgunaan proses mahkamah jika permohonan untuk membatalkan saman itu tidak dibenarkan,” katanya.

Prosiding bersambung petang.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori