Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Terengganu Laksana Simulasi...

KUALA TERENGGANU - UMNO Terengganu bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Laporan Penuh Tragedi Tanah...

CYBERJAYA: Laporan penuh berhubung kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm...

Komik ‘Kampung Boy’ Raih...

KUALA LUMPUR - Komik 'Kampung Boy' terjemahan bahasa Jepun meraih tempat kedua Anugerah...

Polis Tahan Dua Beradik...

IPOH - Polis menahan dua beradik lelaki yang menganggur kerana dipercayai terlibat dalam...

Sambung Semula Pembinaan LCS Awal Tahun Depan

Pengerang : Proses menyambung semula kerja pembinaan projek kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka dilaksanakan awal tahun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, proses itu akan dilaksanakan selepas selesainya fasa mobilisasi akhir tahun ini.

“Projek LCS masih dalam fasa mobilisasi yang dijangka berakhir hujung Disember ini. Setahu saya, rundingan dengan pengilang asal (OEM) dan vendor semua berjalan dengan baik.

“Kita jangkakan pembinaan dapat dimulakan semula awal tahun depan,” katanya ketika sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TLDM di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih di sini, hari ini.

Menurut beliau, dalam fasa mobilisasi yang bermula dari Jun lalu, pihak Boustead Naval Shipyard perlu melaksanakan rundingan bersama OEM bagi menggerakkan kerja pembinaan.

Katanya, rundingan itu sudah pun selesai dan dalam proses membentangkan hasil rundingan kepada Project Monitoring Committee (PMC) sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.


Mengenai kepentingan projek LCS itu, Mohd Reza berkata, TLDM amat memerlukan aset kombatan bagi menyokong strategi pertahanan maritim negara.

Oleh itu, katanya, dengan meneruskan projek berkenaan akan meningkatkan dan membangunkan keupayaaan industri pertahanan maritim negara.

“Seperti yang sedia maklum, aset kombatan sedia ada sudah berusia serta kos pengoperasian dan selenggaraan semakin meningkat yang akan menjejaskan tahap kesiagaan TLDM dalam memastikan keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, seramai 569 Perajurit Muda ditauliahkan sijil tamat latihan selepas memulakan latihan di KD Sultan Ismail sejak 20 Mei sehingga 29 Oktober lalu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori