Gerakan Tanah Air (GTA) mahu mencalonkan Tan Sri Abdul Hamid Bador bertanding di Parlimen Rembau bukan sesuatu yang memeranjatkan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Bekas Ketua Polis Negara zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu diketahui amat menyanjung tinggi Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pada tahun 2015 beliau secara terbuka menyatakan tidak akan sekali-kali berpaling tadah terhadap Mahathir meskipun ‘dikerat-kerat’.
Dan selepas PH menang PRU-14, manakala Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri, Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara.
Justeru, pencalonan Abdul Hamid sekiranya berlaku tidak harus dilihat oleh pengundi Rembau berdasarkan statusnya bekas Ketua Polis Negara.
Sebaliknya berdasarkan kesetiannya kepada Mahathir yang merupakan bekas Perdana menteri kerajaan PH dan kini mengetuai GTA.
GTA mahu meletakkan Abdul Hamid sebagai calon di Rembau bagi menentang nama besar Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Barangkali GTA berpandangan Abdul Hamid dengan statusnya sebagai Ketua Polis Negara boleh memberi merit politik kepada parti itu di Rembau.
Bagaimanapun, GTA terlupa sesuatu iaitu tidak kurang juga kontroversi membabitkan Abdul Hamid sepanjang menjadi Ketua Polis Negara.
Termasuk dakwaannya pihak berkuasa di negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Jho Low memaklumkan bahawa Jho Low sudah membuat pembedahan wajah dan kini menyerupai beruang serta berjalan seperti seladang.
Kenyataan yang merapu memperlihatkan tahap pemikiran rendah Hamid berbanding Mohamad Hasan yang diketahui seorang yang mempunya latar belakang korporat dan pendidikan yang cukup bagus.
Dengan demikian, Mohamad kekal pilihan terbaik untuk diangkat sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana jasanya yang telah terbukti dan tidak banyak kontroversi membabitkan dirinya.
Takkan masyarakat Rembau mahu memilih orang Mahathir yang kurang bijak dan diketahui tidak cekap buat kerja.
-Mynewshub