Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

RM65.27 Juta Dana Bantuan...

PUTRAJAYA - Sebanyak RM65,278,640.00 telah disalurkan kerajaan kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah...

Gempa Bumi Lemah Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan...

Frekuensi Radio: Peniaga Dihadap...

GEORGE TOWN - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua...

Polis Siasat Dakwaan 10...

KUALA LUMPUR - Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan 10 nelayan yang dipercayai...

Sekat Bukti Perbicaraan, Guan Eng Fail Mohon Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Pendakwaan

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan memfailkan permohonan bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap pendakwaan kerana menyekat bukti dalam perbicaraan kes rasuahnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia susulan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, didakwa gagal memberi nombor rujukan laporan forensik kepada saksi kelapan dan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Mohd Firdaus Wan Yusof, seperti diarahkan mahkamah.

Peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo, ketika pemeriksaan balas terhadap Wan Mohd Firdaus, berkata laporan itu membabitkan salinan digital perbualan WhatsApp antara Pengarah Consortium Zenith Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan ahli perniagaan, G Gnanaraja.

Katanya, salinan WhatsApp itu yang dikemukakan ketika perbicaraan kes menipu dihadapi Gnanaraja di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini, boleh membuktikan RM2 juta yang diberi kod nama ‘coklat’ tidak diberikan kepada Guan Eng.

Gobind: Kamu sebagai saksi mempunyai akses penuh kepada pendakwaan dan Wan Shaharuddin?

Wan Mohd Firdaus: Betul.

Gobind: Mereka (pendakwaan) sudah tentu tahu kes mana (salinan WhatsApp) yang dirujuk?

Wan Mohd Firdaus: Tidak pasti.

Gobind: Tidak tanya mereka ke?

Wan Mohd Firdaus: Sudah tanya.

Gobind: Apa jawapannya?

Wan Mohd Firdaus: Maklumat diberi hanya tarikh laporan itu.


Gobind kemudian memaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim, yang berada dalam pasukan pendakwaan kes Guan Eng, turut mengendali kes Gnanaraja.

“Ia satu perkara memalukan apabila pendakwaan tidak boleh memberi maklumat berhubung laporan sama yang dikemukakan ketika perbicaraan ahli perniagaan itu,” katanya pada prosiding kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, hari ini.

Guan Eng, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad, sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek.

Bekas Setiausaha Agung DAP itu, juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik Kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, mencadangkan pembelaan membuat permohonan baharu berhubung laporan forensik itu, bagi mempercepatkan proses perbicaraan dan tidak membuang masa mahkamah.

Katanya, laporan itu boleh disertakan dengan tiga lagi permohonan membabitkan salinan kenyataan Zarul Ahmad kepada SPRM, imej laporan forensik dan perbualan telefon.

“Pembelaan boleh membuat permohonan terhadap semua eksibit baharu itu dan tidak perlu lagi permohonan pada masa akan datang.

“Senaraikan sekali peruntukan undang-undang dalam penulisan afidavit permohonan. Kita akan hujah secara bersekali.

“Kes Gnanaraja di mahkamah juga sudah diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), saya tak terbabit kes itu maka tidak boleh sahkan mengenai keberadaan laporan forensik itu,” katanya.

Perbicaraan bersambung 23 November ini, manakala tarikh pendengaran prosiding menghina mahkamah akan ditetapkan selepas pembelaan memfailkan permohonan itu dalam tempoh tiga minggu ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori